Larangan Solat Selepas Solat Asar dan Subuh

Perawi : Ibnu Abbas RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Solat

No. Hadith : 183

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ، أَخْبَرَنَا مَنْصُورٌ، وَهُوَ ابْنُ زَاذَانَ عَنْ قَتَادَةَ، قَالَ أَخْبَرَنَا أَبُو الْعَالِيَةِ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ سَمِعْتُ غَيْرَ، وَاحِدٍ، مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم مِنْهُمْ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَكَانَ مِنْ أَحَبِّهِمْ إِلَىَّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَى عَنِ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَجْرِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ وَعَنِ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ ‏.‏ قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ عَلِيٍّ وَابْنِ مَسْعُودٍ وَأَبِي سَعِيدٍ وَعُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَابْنِ عُمَرَ وَسَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو وَمُعَاذِ بْنِ عَفْرَاءَ وَالصُّنَابِحِيِّ وَلَمْ يَسْمَعْ مِنَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَسَلَمَةَ بْنِ الأَكْوَعِ وَزَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ وَعَائِشَةَ وَكَعْبِ بْنِ مُرَّةَ وَأَبِي أُمَامَةَ وَعَمْرِو بْنِ عَبَسَةَ وَيَعْلَى بْنِ أُمَيَّةَ وَمُعَاوِيَةَ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ عُمَرَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَهُوَ قَوْلُ أَكْثَرِ الْفُقَهَاءِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَمَنْ بَعْدَهُمْ أَنَّهُمْ كَرِهُوا الصَّلاَةَ بَعْدَ صَلاَةِ الصُّبْحِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ وَبَعْدَ صَلاَةِ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَأَمَّا الصَّلَوَاتُ الْفَوَائِتُ فَلاَ بَأْسَ أَنْ تُقْضَى بَعْدَ الْعَصْرِ وَبَعْدَ الصُّبْحِ ‏.‏ قَالَ عَلِيُّ بْنُ الْمَدِينِيِّ قَالَ يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ قَالَ شُعْبَةُ لَمْ يَسْمَعْ قَتَادَةُ مِنْ أَبِي الْعَالِيَةِ إِلاَّ ثَلاَثَةَ أَشْيَاءَ حَدِيثَ عُمَرَ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم نَهَى عَنِ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَبَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ وَحَدِيثَ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏ لا يَنْبَغِي لأَحَدٍ أَنْ يَقُولَ أَنَا خَيْرٌ مِنْ يُونُسَ بْنِ مَتَّى ‏"‏ ‏.‏ وَحَدِيثَ عَلِيٍّ ‏"‏ الْقُضَاةُ ثَلاَثَةٌ ‏"

Terjemahan

Daripada Ibn ‘Abbas berkata: Aku telah mendengar bukan hanya seorang daripada sahabat Nabi SAW, antara mereka ialah, ‘Umar bin Khattab dan beliau adalah antara orang yang aku kasihi bahawa Rasulullah SAW melarang daripada solat selepas solat Subuh hingga terbit matahari dan daripada solat selepas Asar hingga terbenam matahari. Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Ali, Ibn Mas‘ud, ‘Uqbah bin ‘Amir, Abu Hurairah, Ibn ‘Umar, Samurah bin Jundub, ‘Abdullah bin ‘Amrin, Muaz bin ‘Afra’, as-Sunabihiy (dan beliau tidak mendengar daripada Nabi SAW), Salamah bin al-Akwa’, Zaid bin Thabit, ‘Aisyah, Ka‘ab bin Murrah, Abu Umamah, ‘Amr bin ‘Abasah, Ya‘la bin Umaiyah dan Mu‘awiyah. Abu ‘Isa berkata: hadith Ibn ‘Abbas daripada ‘Umar adalah hadith hasan sahih. Inilah pendapat majority fuqaha’ daripada sahabat Nabi SAW dan generasi selepas mereka bahawa mereka melarang solat selepas solat Subuh hingga terbit matahari dan selepas solat Asar hingga terbenam matahari. Manakala, solat-solat yang luput tidak mengapa diganti selepas solat Asar dan Subuh. ‘Ali al-Madini berkata: Yahya bin Sa‘id berkata: Syu‘bah berkata: Qatadah tidak mendengar daripada Abu al-Aliyah melainkan tiga perkara iaitu: hadith ‘Umar: Bahawa Nabi SAW melarang daripada solat selepas solat Asar hingga terbenam matahari dan selepas solat Subuh hingga terbit matahari, hadith Ibn ‘Abbas daripada Nabi SAW sabdanya: Tidak sepatutnya seseorang berkata bahawa “saya” lebih baik daripada Yunus bin Matta dan hadith ‘Ali: Hakim itu terbahagi kepada tiga golongan.


Pengajaran

Hadith ini menceritakan mengenai larangan solat selepas Subuh dan Asar. Maksud hadith ini ialah setelah seseorang itu menunaikan solat Subuh atau Asar walaupun pada akhir waktu, dia tetap dilarang melakukan solat sunat selepasnya. Namun jika solat sunat tersebut merupakan solat sunat yang bersebab seperti solat Tahiyat al-Masjid atau solat sunat wudhu’ dan seumpamanya, ia dibenarkan.

Hits: 1252

Carian Hadith