hadis no 9

Perawi : Jabir bin Abdullah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Wudhu’- كِتَابُ الوُضُوءِ

Bab :(Rukhsah) Kelonggaran Dalam Hal Tersebut

No. Hadith : 9

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، قَالاَ: حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبِي، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ، عَنْ أَبَانَ بْنِ صَالِحٍ، عَنْ مُجَاهِدٍ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، قَالَ: نَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةَ بِبَوْلٍ، فَرَأَيْتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْبَضَ بِعَامٍ يَسْتَقْبِلُهَا.
وَفِي الْبَابِ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ، وَعَائِشَةَ، وَعَمَّارٍ.
حَدِيثُ جَابِرٍ فِي هَذَا الْبَابِ حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ.

Terjemahan

Muhammad bin Bashshar dan Muhammad bin al-Muthanna menceritakan kepada kami,mereka berkata: Wahab bin Jarir menceritakan kepada kami, katanya: Ayahku menceritakan kepada kami dari Muhammad bin Ishaq daripada Aban bin Soleh daripada Mujahid daripada Jabir bin ‘Abdullah katanya: Nabi SAW telah melarang menghadap qiblat apabila buang air kecil. Aku pernah melihat Nabi  SAW menghadap qiblat setahun sebelum kewafatannya. Bab ini mengandungi riwayat daripada Abu Qatadah, ‘Aisyah dan ‘Ammar. Abu ‘Isa berkata: Hadith Jabir pada bab ini adalah hadith hasan lagi gharib.

 

 

 


Pengajaran

1. Hadith ini menunjukkan larangan Nabi SAW menghadap qiblat apabila buang air kecil. Namun, larangan ini bukanlah bersifat secara mutlak tetapi diizinkan dalam keadaan darurat atau terdesak.

 

 

2. Perbuatan tidak menghadap qiblat ketika qadha hajat mestilah menjadi keutamaan melainkan dalam keadaan tertentu.

Hits: 440

Carian Hadith