Meratakan Air Ketika Berwuduk

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Meratakan Air Ketika Berwuduk

No. Hadith : 48

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ أَخْبَرَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ الْعَلَاءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُو اللَّهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ قَالُوا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِسْبَاغُ الْوُضُوءِ عَلَى الْمَكَارِهِ وَكَثْرَةُ الْخُطَا إِلَى الْمَسَاجِدِ وَانْتِظَارُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ فَذَلِكُمْ الرِّبَاطُ و حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ الْعَلَاءِ نَحْوَهُ و قَالَ قُتَيْبَةُ فِي حَدِيثِهِ فَذَلِكُمْ الرِّبَاطُ فَذَلِكُمْ الرِّبَاطُ فَذَلِكُمْ الرِّبَاطُ ثَلَاثًا قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ عَلِيٍّ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو وَابْنِ عَبَّاسٍ وَعَبِيدَةَ وَيُقَالُ عُبَيْدَةُ بْنُ عَمْرٍو وَعَائِشَةَ وَعَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَائِشٍ الْحَضْرَمِيِّ وَأَنَسٍ قَالَ أَبُو عِيسَى وَحَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ فِي هَذَا الْبَابِ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَالْعَلَاءُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ هُوَ ابْنُ يَعْقُوبَ الْجُهَنِيُّ الْحُرَقِيُّ وَهُوَ ثِقَةٌ عِنْدَ أَهْلِ الْحَدِيثِ

Terjemahan

‘Ali bin Hujr telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ismail bin Ja‘far telah mengkhabarkan kepada kami, daripada al-‘Ala’ bin ‘Abd al-Rahman, daripada bapanya, daripada Abu Hurayrah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Inginkah kamu aku tunjukkan suatu perkara yang boleh menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat darjat?” Sahabat menjawab: Sudah tentu, ya Rasulullah. Maka Rasulullah bersabda: Menyempurnakan wuduk walaupun dalam keadaan sukar dan memperbanyak langkah menuju ke masjid dan menunggu waktu solat selepas solat sebelumnya, maka itulah pengikatnya.

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Ali, ‘Abdullah bin ‘Amr, Ibn ‘Abbas, ‘Abidah dikatakan ‘Ubaidah bin ‘Amr, ‘Aisyah, ‘Abd ar-Rahman bin ‘Aisy al-Hadrami dan Anas. Abu ‘Isa berkata: hadith Abu Hurairah pada bab ini hadith hasan sahih. Al-‘Ala’ bin ‘Abd ar-Rahman ialah Ibn Ya‘qub al-Juhani al-Huraqi, merupakan seorang yang thiqah menurut ulama hadith.


Pengajaran

1. Menyempurnakan wuduk dalam keadaan sukar dapat menghapuskan dosa dan mengangkat darjat seperti berwuduk pada musim sejuk, berwuduk ketika sakit dan sebagainya.

2. Memperbanyakkan langkah ke masjid dan menunggu waktu untuk bersolat merupakan salah satu amalan yang boleh menghapuskan dosa dan mengangkat darjat yang tinggi.

Hits: 457

Carian Hadith