مَا جَاءَ فِي صَلاَةِ الوُسْطَى أَنَّهَا العَصْرُ Solat al-Wusta ialah Solat Asar

Perawi :

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Solat - كِتَابُ الصَّلاَةِ

Bab :Solat

No. Hadith : 181

Status :

Matan Hadith

 حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ، حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ، وَأَبُو النَّضْرِ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ طَلْحَةَ بْنِ مُصَرِّفٍ، عَنْ زُبَيْدٍ، عَنْ مُرَّةَ الْهَمْدَانِيِّ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏ صَلاَةُ الْوُسْطَى صَلاَةُ الْعَصْرِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.

 

 

Terjemahan

Daripada Abdullah bin Mas‘ud berkata: Rasulullah SAW bersabda: Solat al-Wusta ialah solat Asar. Abu ‘Isa berkata: hadith ini hadith hasan sahih.

 

 

 

 

 


Pengajaran

 

 

1. Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 238 yang bermaksud “Jagalah solat-solatmu dan Solat al-Wusta”. Ulama’ berselisih pendapat dalam menentukan maksud Wusta. Ada yang menyatakan solat Wusta ialah solat Subuh, solat Zuhur, solat Maghrib, solat Isyak dan ada pula yang menyatakan selain daripada solat-solat tersebut. Pendapat yang tepat ialah solat Asar kerana ia berada di tengah-tengah, didahului oleh dua solat sebelumnya yang dilakukan pada siang hari iaitu solat Subuh dan solat Zuhur dan dua solat selepasnya pada malam hari iaitu solat Maghrib dan Isyak.

 

Hits: 1357

Carian Hadith