Merenjiskan Air (Ke Kemaluan) Selepas Berwuduk

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Merenjiskan Air (Ke Kemaluan) Selepas Berwuduk

No. Hadith : 47

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ وَأَحْمَدُ بْنُ أَبِي عُبَيْدِ اللَّهِ السَّلِيمِيُّ الْبَصْرِيُّ قَالَا حَدَّثَنَا أَبُو قُتَيْبَةَ سَلْمُ بْنُ قُتَيْبَةَ عَنْ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ الْهَاشِمِيِّ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: جَاءَنِي جِبْرِيلُ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ إِذَا تَوَضَّأْتَ فَانْتَضِحْ. قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ قَالَ و سَمِعْت مُحَمَّدًا يَقُولُ الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍ الْهَاشِمِيُّ مُنْكَرُ الْحَدِيثِ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي الْحَكَمِ بْنِ سُفْيَانَ وَابْنِ عَبَّاسٍ وَزَيْدِ بْنِ حَارِثَةَ وَأَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ و قَالَ بَعْضُهُمْ سُفْيَانُ بْنُ الْحَكَمِ أَوْ الْحَكَمُ بْنُ سُفْيَانَ وَاضْطَرَبُوا فِي هَذَا الْحَدِيثِ

Terjemahan

Nasr bin ‘Ali al-Jahdamiy dan Ahmad bin Abi ‘Ubaydillah al-Salimiy al-Basari telah meriwayatkan kepada kami, kata mereka: Abu Qutaybah Salm bin Qutaybah telah meriwayatkan kepada kami, daripada al-Hasan bin ‘Ali al-Hashimi, daripada ‘Abd al-Rahman al-A‘raj, daripada Abi Hurairah RA, bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Jibril telah datang kepadaku dan berkata: Wahai Muhammad, apabila engkau berwuduk, hendaklah engkau merenjiskan air (ke kemaluan).” Abu ‘Isa berkata: Hadith ini adalah gharib. Katanya lagi, aku mendengar Muhammad berkata: al-Hasan bin ‘Ali al-Hashimi adalah munkar al-hadith. Dalam bab ini terdapat riwayat al-Hakam bin Sufyan RA, Ibn ‘Abbas RA, Zaid bin Harithah RA, dan Abi Sa‘id al-Khudri RA. Sebahagian mereka mengatakan Sufyan bin al-Hakam atau al-Hakam bin Sufyan dan mereka idtirab (berselisih) dalam hadith ini.


Pengajaran

1. Ulama’ berselisih pendapat dalam menentukan maksud (intidah) dalam hadith ini, salah satu pendapat (intidah) bermaksud: Memercikkan air ke kain selepas berwuduk untuk menghilangkan was-was daripada kesan air kencing. Sesetengah ulama’ pula menganggap (intidah) sebagai istinjak dengan air. Ada pula yang menyatakan (intidah) adalah berdehem selepas membuang air kecil.

2. Perbuatan (intidah) adalah termasuk sunnah.

Hits: 415

Carian Hadith