hadis no 7

Perawi : Aisyah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Bacaan Yang Diucap Apabila Keluar Dari Tandas

No. Hadith : 7

Status :

Matan Hadith

 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ، قَالَ: حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ، عَنْ إِسْرَائِيلَ، عَنْ يُوسُفَ بْنِ أَبِي بُرْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ مِنَ الْخَلاَءِ، قَالَ: غُفْرَانَكَ.
هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ، لاَ نَعْرِفُهُ إِلاَّ مِنْ حَدِيثِ إِسْرَائِيلَ، عَنْ يُوسُفَ بْنِ أَبِي بُرْدَةَ.
وَأَبُو بُرْدَةَ بْنُ أَبِي مُوسَى، اسْمُهُ عَامِرُ بْنُ عَبْدِ اللهِ بْنِ قَيْسٍ الأَشْعَرِيُّ.
وَلاَ يُعْرَفُ فِي هَذَا الْبَابِ إِلاَّ حَدِيثُ عَائِشَةَ.

 

 

Terjemahan

Daripada Muhammad bin Ismail katanya, Malik bin Ismail menceritakan kepada kami daripada Israil daripada Yusuf bin Abu Burdah daripada bapanya daripada  ‘Aisyah RA katanya: Nabi SAW apabila keluar daripada tandas, mengucapkan: “Ghufranak” (aku memohon ampunan-Mu ya Tuhanku).

Abu ‘Isa berkata: Hadith ini hasan lagi gharib, kami tidak mengetahuinya melainkan melalui hadith Isra’il daripada Yusuf bin Abu Burdah. Nama Abu Burdah bin Abu Musa ialah ‘Amir bin ‘Abdullah bin Qais al-Asy‘ari. Kami tidak mengetahui pada bab ini kecuali hadith ‘Aisyah RA daripada Nabi SAW.

 

 


Pengajaran

1. Rasulullah SAW apabila keluar daripada tandas membaca doa: “ghufranak” (Aku memohon keampunan-Mu).

2. Menurut Ibn al-Qayyim, najis memudaratkan badan seseorang seumpama dosa memudaratkan hati seseorang. Apabila najis dan dosa keluar daripada badan seseorang, maka dia akan merasa selesa justeru inilah hikmah membaca doa keluar tandas.

 

3. Doa yang terbaik ketika keluar daripada tandas adalah Ghufranak.

Hits: 2453

Carian Hadith