Mandi Junub kerana Keluarnya Air Mani

Perawi : Ubaiy bin Ka‘ab

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Mandi Junub kerana Keluarnya Air Mani

No. Hadith : 110

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنيِعٍ قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ المُبَارَكِ قَالَ: حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ يَزِيدَ، عَنْ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ، عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ، قَالَ: إِنَّمَا كَانَ المَاءُ مِنَ المَاءِ رُخْصَةً فِي أَوَّلِ الإِسْلاَمِ ، ثُمَّ نُهِيَ عَنْهَا.

Terjemahan

Daripada Ubaiy bin Ka‘ab berkata: Mandi junub kerana keluarnya air mani merupakan rukhsah (kelonggaran) pada permulaan Islam, kemudian ia dilarang (kelonggaran itu ditarik balik).

Ahmad bin Mani’ telah menceritakan kepada kami, ‘Abdullah bin al-Mubarak telah menceritakan kepada kami, Mu‘ammar telah mengkhabarkan kepada kami daripada al-Zuhri dengan sanad ini bagi hadith yang sama.

Abu ‘Isa berkata: hadith ini adalah hadith hasan sahih. Mandi junub kerana keluar air mani disyariatkan pada awal Islam. Kemudian setelah itu ia dimansuhkan. Demikianlah diriwayatkan oleh ramai daripada sahabat Nabi SAW antaranya: Ubaiy bin Ka‘ab dan Rafi’ bin Khadij.

Amalan terhadap hadith ini menurut para ulama’, bahawa apabila seorang lelaki bersetubuh dengan isterinya pada kemaluan, maka wajib kepada kedua keduanya mandi junub walaupun tidak keluar air mani.


Pengajaran

Hadith ini menunjukkan pada peringkat permulaan Islam mandi junubkerana keluarnya air mani merupakan rukhsah (kelonggaran). Namun begitu, selepas ia dimansukhkan, berjunub juga dikira termasuk dalam perkara-perkara yang diwajibkan untuk bersuci walaupun tanpa mengeluarkan mani.

Hits: 356

Carian Hadith