Tidak Perlu Wuduk dengan Memakan Makanan yang dimasak dengan Api

Perawi : Jabir bin Abdullah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Tidak Perlu Wuduk dengan Memakan Makanan yang dimasak dengan Api

No. Hadith : 80

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَقِيلٍ، سَمِعَ جَابِرًا،.‏ قَالَ سُفْيَانُ وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُنْكَدِرِ، عَنْ جَابِرٍ، قَالَ خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَأَنَا مَعَهُ فَدَخَلَ عَلَى امْرَأَةٍ مِنَ الأَنْصَارِ فَذَبَحَتْ لَهُ شَاةً فَأَكَلَ وَأَتَتْهُ بِقِنَاعٍ مِنْ رُطَبٍ فَأَكَلَ مِنْهُ ثُمَّ تَوَضَّأَ لِلظُّهْرِ وَصَلَّى ثُمَّ انْصَرَفَ فَأَتَتْهُ بِعُلاَلَةٍ مِنْ عُلاَلَةِ الشَّاةِ فَأَكَلَ ثُمَّ صَلَّى الْعَصْرَ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ.‏

 

قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ وَابْنِ عَبَّاسٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَابْنِ مَسْعُودٍ وَأَبِي رَافِعٍ وَأُمِّ الْحَكَمِ وَعَمْرِو بْنِ أُمَيَّةَ وَأُمِّ عَامِرٍ وَسُوَيْدِ بْنِ النُّعْمَانِ وَأُمِّ سَلَمَةَ.‏

 

قَالَ أَبُو عِيسَى وَلاَ يَصِحُّ حَدِيثُ أَبِي بَكْرٍ فِي هَذَا الْبَابِ مِنْ قِبَلِ إِسْنَادِهِ إِنَّمَا رَوَاهُ حُسَامُ بْنُ مِصَكٍّ عَنِ ابْنِ سِيرِينَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم.‏ وَالصَّحِيحُ إِنَّمَا هُوَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم.‏ هَكَذَا رَوَى الْحُفَّاظُ.‏

 

 

وَرُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ ابْنِ سِيرِينَ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَرَوَاهُ عَطَاءُ بْنُ يَسَارٍ، وَعِكْرِمَةُ، وَمُحَمَّدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ عَطَاءٍ، وَعَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، وَغَيْرُ وَاحِدٍ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلَمْ يَذْكُرُوا فِيهِ عَنْ أَبيِ بَكْرٍ وَهَذَا أَصَحُّ

 

قَالَ أَبُو عِيسَى وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَكْثَرِ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ مِثْلِ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَابْنِ الْمُبَارَكِ وَالشَّافِعِيِّ وَأَحْمَدَ وَإِسْحَاقَ رَأَوْا تَرْكَ الْوُضُوءِ مِمَّا مَسَّتِ النَّارُ.‏ وَهَذَا آخِرُ الأَمْرَيْنِ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم.‏ وَكَأَنَّ هَذَا الْحَدِيثَ نَاسِخٌ لِلْحَدِيثِ الأَوَّلِ حَدِيثِ الْوُضُوءِ مِمَّا مَسَّتِ النَّارُ.‏

 

Terjemahan

Ibn Abi ‘Umar menceritakan kepada kami, Sufyan bin ‘Uyaynah menceritakan kepada kami, ‘Abdullah bin Muhammad bin ‘Aqil menceritakan kepada kami, beliau mendengar Jabir berkata; Sufyan berkata: dan Muhammad bin al-Munkadir menceritakan kepada kami, daripada Jabir, katanya: “Rasulullah SAW telah keluar dan aku bersama beliau, kemudian Rasulullah masuk ke rumah seorang wanita dari Ansar, wanita tersebut menyembelih seekor kambing untuk Rasulullah dan memakannya. Didatangkan kepada Rasulullah talam berisi tamar basah kemudian Rasulullah memakannya lalu berwuduk untuk menunaikan solat Zuhur dan kemudiannya Rasulullah solat. Kemudian, didatangkan kepada Rasulullah daging daripada biri-biri, lalu Rasulullah makan dan solat Asar tanpa berwuduk.”

 

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Abu Bakr as-Siddiq, Ibn ‘Abbas, Abu Hurairah, Ibn Mas‘ud, Abu Rafi’, Ummu al-Hakam, ‘Amr bin Umaiyah, Ummu ‘Amir, Suwaid bin al-Nu‘man dan Ummu Salamah.

 

Abu ‘Isa berkata: hadith Abu Bakr dalam bab ini tidak sahih dari sudut sanadnya. Ia diriwayatkan oleh Husam bin Misak daripada Ibn Sirin daripada Ibn ‘Abbas daripada Abu Bakr al-Siddiq daripada Nabi SAW yang sahih ialah hadith yang diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas daripada Nabi SAW. Demikianlah diriwayatkan oleh para ulama’ huffaz.

 

Telah diriwayatkan daripada beberapa sanad daripada Ibn Sirin daripada Ibn ‘Abbas daripada Nabi SAW dan telah meriwayatkan ‘Ata’ bin Yasar, ‘Ikrimah dan Muhammad bin ‘Amr bin ‘Ata’, ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abbas dan ramai lagi daripada Ibn ‘Abbas daripada Nabi SAW dan tidak disebutkan di dalamnya “daripada Abu Bakr as-Siddiq”. Inilah yang lebih sahih.

 

Abu ‘Isa berkata: Amalan terhadap hadith ini menurut para ulama’ daripada para sahabat Nabi SAW, para Tabi‘in dan generasi yang datang selepas mereka seperti Sufyan ath-Thauri, Ibn al-Mubarak, asy-Shafi‘i, Ahmad dan Ishaq. Mereka berpendapat bahawa tidak berwuduk apabila makan atau minum yang dimasak dengan api. Ini adalah yang paling akhir daripada dua amalan Nabi SAW Seolah-olah hadith ini menasakhkan (membatalkan) hadith yang pertama iaitu hadith berwuduk apabila makan atau minum sesuatu yang dimasak dengan api.


Pengajaran

1. Hadith ini menjelaskan tidak perlunya berwudhu’ apabila memakan makanan atau meminum minuman yang dimasak dengan api.

Hits: 1643

Carian Hadith