hadis no 8

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Bacaan Yang Diucap Apabila Keluar Dari Tandas

No. Hadith : 8

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْمَخْزُومِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَزِيدَ اللَّيْثِيِّ، عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الأَنْصَارِيِّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا أَتَيْتُمُ الْغَائِطَ فَلاَ تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ بِغَائِطٍ وَلاَ بَوْلٍ، وَلاَ تَسْتَدْبِرُوهَا، وَلَكِنْ شَرِّقُوا أَوْ غَرِّبُوا قَالَ أَبُو أَيُّوبَ: فَقَدِمْنَا الشَّامَ فَوَجَدْنَا مَرَاحِيضَ قَدْ بُنِيَتْ مُسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةِ، فَنَنْحَرِفُ عَنْهَا، وَنَسْتَغْفِرُ اللَّهَ.
وَفِي الْبَابِ عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ الْحَارِثِ بْنِ جَزْءٍ الزُّبَيْدِيِّ، وَمَعْقِلِ بْنِ أَبِي الْهَيْثَمِ، وَيُقَالُ: مَعْقِلُ بْنُ أَبِي مَعْقِلٍ، وَأَبِي أُمَامَةَ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ، وَسَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ.
حَدِيثُ أَبِي أَيُّوبَ أَحْسَنُ شَيْءٍ فِي هَذَا الْبَابِ وَأَصَحُّ

وَأَبُو أَيُّوبَ اسْمُهُ خَالِدُ بْنُ زَيْدٍ، وَالزُّهْرِيُّ اسْمُهُ مُحَمَّدُ بْنُ مُسْلِمِ بْنِ عُبَيْدِ اللهِ بْنِ شِهَابٍ الزُّهْرِيُّ، وَكُنْيَتُهُ أَبُو بَكْرٍ.
قَالَ أَبُو الْوَلِيدِ الْمَكِّيُّ: قَالَ أَبُو عَبْدِ اللهِ الشَّافِعِيُّ: إِنَّمَا مَعْنَى قَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ تَسْتَقْبِلُوا الْقِبْلَةَ بِغَائِطٍ وَلاَ بَوْلٍ، وَلاَ تَسْتَدْبِرُوهَا، إِنَّمَا هَذَا فِي الْفَيَافِي، فَأَمَّا فِي الْكُنُفِ الْمَبْنِيَّةِ لَهُ رُخْصَةٌ فِي أَنْ يَسْتَقْبِلَهَا، وَهَكَذَا قَالَ إِسْحَاقُ.
وقَالَ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ: إِنَّمَا الرُّخْصَةُ مِنَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي اسْتِدْبَارِ الْقِبْلَةِ بِغَائِطٍ أَوْ بَوْلٍ، فَأَمَّا اسْتِقْبَالُ الْقِبْلَةِ فَلاَ يَسْتَقْبِلُهَا، كَأَنَّهُ لَمْ يَرَ فِي الصَّحْرَاءِ وَلاَ فِي الْكُنُفِ أَنْ يَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةَ.

 

Terjemahan

Sai’d bin Abd Al-Rahman Al-Makhzumi menceritakan kepada kami katanya, Sufyan bin U’yainah menceritakan daripada Al-Zuhri daripada A’ta‘ daripada Abu Ayub al-Ansariy berkata: Rasulullah SAW bersabda: Apabila engkau hendak membuang air besar ataupun air kecil, maka janganlah menghadap atau membelakangi qiblat, tetapi hendaklah engkau menghadap ke timur atau ke barat. Abu Ayub berkata: Kami datang ke Syam dan kami dapati tandas telah dibangunkan menghadap qiblat, maka kami berpaling daripadanya dan kami mengucap istighfar kepada Allah. Abu ‘Isa berkata: Bab ini mengandungi riwayat daripada ‘Abdullah bin alHarith bin Jaz’ az-Zubaidi dan Ma‘qil bin Abu al-Haitham (dan dikata juga Ma‘qil bin Abu Ma‘qil), Abu Umamah, Abu Hurairah dan Sahl bin Hunaif. Abu ‘Isa berkata lagi: Hadith Abu Ayub adalah sebaik-baik hadith pada bab ini dan yang lebih sahih. Nama Abu Ayub ialah Khalid bin Zaid. Nama az-Zuhri ialah Muhammad bin Muslim bin ‘Ubaidillah bin Syihab al-Zuhri, kun-yahnya (nama panggilan) ialah Abu Bakr. Abu al-Walid al-Makkiy berkata: Abu Abdullah Muhammad bin Idris al-Shafi‘i berkata: Perkataan Nabi SAW “janganlah engkau menghadap atau membelakangi qiblat sewaktu buang air besar atau kecil” membawa maksud di tanah lapang. Manakala, di dalam bangunan terdapat rukhsah (kelonggaran) menghadapnya. Pendapat ini juga dikemukakan oleh Ishaq bin Ibrahim. Ahmad bin Hanbal berkata: Rukhsah (kelonggaran) tersebut hanyalah pada membelakangi qiblat waktu buang air besar atau kecil, dan tidaklah menghadap ke qiblat. Beliau berpandangan larangan menghadap qiblat semasa qadha’ hajat, sama ada di tanah lapang atau di dalam bangunan


Pengajaran

1. Majoriti ulama’ membenarkan qadha hajat dalam keadaan menghadap qiblat apabila wujud halangan seperti di dalam bangunan. Namun begitu terdapat sebahagian ulama’ yang mengatakan larangan tersebut bersifat mutlak, sama ada di dalam bangunan atau di tanah lapang.

2. Qadha hajat menghadap dan membelakangi pokok-pokok kayu, batu besar, dan seumpamanya adalah dibolehkan.

 

3. Timur atau barat yang dimaksudkan dalam hadith ini ditujukan kepada orang-orang Madinah dan yang sama arah qiblatnya dengan mereka. Bagi mereka yang qiblatnya menghadap timur atau barat hendaklah menghadap utara atau selatan.

Hits: 820

Carian Hadith