Wajib Mandi Apa bila Bertemu Dua Khitan (Bersetubuh)

Perawi : Aisyah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Wajib Mandi Apa bila Bertemu Dua Khitan (Bersetubuh)

No. Hadith : 109

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ عَلِيِّ بْنِ زَيْدٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏"‏ إِذَا جَاوَزَ الْخِتَانُ الْخِتَانَ وَجَبَ الْغُسْلُ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عَائِشَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ قَالَ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ عَائِشَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ ‏"‏ إِذَا جَاوَزَ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ ‏"‏ ‏.‏ وَهُوَ قَوْلُ أَكْثَرِ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم مِنْهُمْ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَعُثْمَانُ وَعَلِيٌّ وَعَائِشَةُ وَالْفُقَهَاءِ مِنَ التَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ مِثْلِ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَالشَّافِعِيِّ وَأَحْمَدَ وَإِسْحَاقَ قَالُوا إِذَا الْتَقَى الْخِتَانَانِ وَجَبَ الْغُسْلُ ‏.‏

Terjemahan

Daripada ‘Aisyah berkata: Nabi SAW telah bersabda: Apabila kemaluan lelaki masuk ke dalam kemaluan wanita, maka wajiblah mandi.

Abu ‘Isa berkata: Hadith ‘Aisyah adalah hasan sahih. Abu ‘Isa berkata: Hadith ini telah diriwayatkan daripada ‘Aisyah daripada Nabi SAW daripada sanad lain:

Apabila kemaluan lelaki masuk ke dalam kemaluan wanita, maka wajiblah mandi. Pendapat ini merupakan pendapat ramai ulama’ daripada sahabat Nabi SAW seperti Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthman, ‘Ali dan ‘Aisyah serta fuqaha’ (ulama’ fiqh) daripada Tabi‘in dan generasi selepas mereka seperti Sufyan ath-Thauri,asy-Syafi‘i, Ahmad dan Ishaq. Menurut mereka: Apabila kemaluan lelaki masuk ke dalam kemaluan wanita maka wajiblah mandi.


Pengajaran

 

  1. Mandi junub wajib disebabkan jima’ (persetubuhan) walaupun tanpa mengeluarkan air mani.
  2. Lafaz “wajaba” dari sudut syarak membawa maksud wajib berdasarkan hadith yang bermaksud “mandi pada hari Jumaat wajib bagi yang baligh
Hits: 843

Carian Hadith