Berwuduk Apabila Makan dan Minum sesuatu yang dimasak dengan Api

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Berwuduk Apabila Makan dan Minum sesuatu yang dimasak dengan Api

No. Hadith : 79

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ، قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: ‏ "‏الْوُضُوءُ مِمَّا مَسَّتِ النَّارُ وَلَوْ مِنْ ثَوْرِ أَقِطٍ"‏.‏ قَالَ فَقَالَ لَهُ ابْنُ عَبَّاسٍ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَنَتَوَضَّأُ مِنَ الدُّهْنِ أَنَتَوَضَّأُ مِنَ الْحَمِيمِ قَالَ فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ يَا ابْنَ أَخِي إِذَا سَمِعْتَ حَدِيثًا عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَلاَ تَضْرِبْ لَهُ مَثَلاً.‏

 

قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ وَأُمِّ سَلَمَةَ وَزَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ وَأَبِي طَلْحَةَ وَأَبِي أَيُّوبَ وَأَبِي مُوسَى.‏

 

قَالَ أَبُو عِيسَى وَقَدْ رَأَى بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ الْوُضُوءَ مِمَّا غَيَّرَتِ النَّارُ وَأَكْثَرُ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ عَلَى تَرْكِ الْوُضُوءِ مِمَّا غَيَّرَتِ النَّارُ.‏

 

Terjemahan

Ibn Abi ‘Umar menceritakan kepada kami, katanya: Sufyan bin ‘Uyaynah menceritakan kepada kami, daripada Muhammad bin ‘Amr, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah, katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Wajib berwuduk selepas makan sesuatu yang disentuh oleh api walaupun daripada sepotong keju.” Ibn ‘Abbas bertanya kepada Abu Hurairah: “Adakah kita perlu berwuduk daripada makan lemak, adakah kita perlu berwuduk daripada air panas?” Abu Hurairah menjawab: “Wahai anak saudaraku apabila engkau mendengar hadith daripada Rasulullah SAW maka janganlah engkau membuat perbandingan.”

 

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Ummu Habibah, Ummu Salamah, Zaid bin Thabit, Abu Talhah, Abu Ayub, dan Abu Musa.

 

Abu ‘Isa berkata: Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa wajib berwuduk selepas memakan sesuatu yang dimasak dengan api. Majoriti sahabat Nabi SAW dan tabi‘in serta generasi selepas mereka tidak berwuduk apabila memakan sesuatu yang dimasak dengan api.


Pengajaran

1. Hadith ini menceritakan batalnya wuduk apabila seseorang memakan makanan yang telah dimasak dengan api.

2. Sebahagian ulama’ berpendapat hukum hadith ini dimansuhkan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Jabir (rujuk hadith no: 80).

Hits: 442

Carian Hadith