Berwuduk Setelah Bangun Dari Tidur

Perawi : Anas bin Malik RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Berwuduk Setelah Bangun Dari Tidur

No. Hadith : 78

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ شُعْبَةَ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَنَامُونَ ثُمَّ يَقُومُونَ فَيُصَلُّونَ وَلاَ يَتَوَضَّئُونَ.‏

 

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.‏ قَالَ وَسَمِعْتُ صَالِحَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ الْمُبَارَكِ عَمَّنْ نَامَ قَاعِدًا مُعْتَمِدًا فَقَالَ لاَ وُضُوءَ عَلَيْهِ.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَقَدْ رَوَى حَدِيثَ ابْنِ عَبَّاسٍ سَعِيدُ بْنُ أَبِي عَرُوبَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَوْلَهُ وَلَمْ يَذْكُرْ فِيهِ أَبَا الْعَالِيَةِ وَلَمْ يَرْفَعْهُ.‏ وَاخْتَلَفَ الْعُلَمَاءُ فِي الْوُضُوءِ مِنَ النَّوْمِ فَرَأَى أَكْثَرُهُمْ أَنْ لاَ يَجِبَ عَلَيْهِ الْوُضُوءُ إِذَا نَامَ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا حَتَّى يَنَامَ مُضْطَجِعًا.‏ وَبِهِ يَقُولُ الثَّوْرِيُّ وَابْنُ الْمُبَارَكِ وَأَحْمَدُ.‏ قَالَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ إِذَا نَامَ حَتَّى غُلِبَ عَلَى عَقْلِهِ وَجَبَ عَلَيْهِ الْوُضُوءُ وَبِهِ يَقُولُ إِسْحَاقُ.‏ وَقَالَ الشَّافِعِيُّ مَنْ نَامَ قَاعِدًا فَرَأَى رُؤْيَا أَوْ زَالَتْ مَقْعَدَتُهُ لِوَسَنِ النَّوْمِ فَعَلَيْهِ الْوُضُوءُ.‏

Terjemahan

Muhammad bin Bashshar menceritakan kepada kami, Yahya bin Sa‘id menceritakan kepada kami, daripada Shu‘bah, daripada Qatadah, daripada Anas bin Malik, katanya: “Sahabat-sahabat Rasulullah SAW pernah tidur kemudian mereka bangun lalu solat tanpa berwuduk.”

 

Abu ‘Isa berkata: Hadith ini hasan sahih. Abu ‘Isa berkata: Aku telah mendengar Soleh bin ‘Abdullah berkata: Aku telah bertanya kepada ‘Abdullah bin al-Mubarak mengenai orang yang tidur dalam keadaan duduk, maka beliau menjawab: Tiada wuduk ke atasnya. Abu ‘Isa berkata: Sa‘id bin Abu ‘Arubah telah meriwayatkan hadith Ibn ‘Abbas daripada Qatadah daripada Ibn ‘Abbas hadith tersebut: Sa‘id bin Abu ‘Arubah tidak menyebutkan pada sanadnya Abu al-‘Aliyah dan beliau tidak memarfu’kannya (sampai kepada Nabi). Ulama’ telah berselisih pendapat mengenai berwuduk daripada tidur. Kebanyakan daripada mereka berpendapat tidak wajib baginya berwuduk apabila dia tidur duduk atau berdiri sehingga mereka tidur berbaring. Pendapat ini merupakan pendapat ath-Thauri, Ibn Mubarak dan Ahmad. Sebahagian ulama’ menyatakan: Apabila seseorang tidur hingga terlena, maka wajib baginya berwuduk. Pendapat ini merupakan pendapat Ishaq.

Menurut asy-Syafi‘i: Sesiapa tidur duduk, kemudian bermimpi atau berubah keadaan duduknya maka wajib baginya berwuduk.


Pengajaran

1. Hadith ini menjelaskan tentang hukum wuduk yang tidak batal sekiranya tidur dalam keadaan duduk dan berdiri.

2. Tidur dalam keadaan berbaring dan bermimpi (hadas besar) akan membatalkan wuduk.

Hits: 390

Carian Hadith