Berwuduk Setelah Bangun Dari Tidur

Perawi : Abdullah bin Abbas RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Berwuduk Setelah Bangun Dari Tidur

No. Hadith : 77

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ مُوسَى، - كُوفِيٌّ - وَهَنَّادٌ وَمُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ الْمُحَارِبِيُّ الْمَعْنَى وَاحِدٌ قَالُوا حَدَّثَنَا عَبْدُ السَّلاَمِ بْنُ حَرْبٍ الْمُلاَئِيُّ، عَنْ أَبِي خَالِدٍ الدَّالاَنِيِّ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ أَبِي الْعَالِيَةِ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم نَامَ وَهُوَ سَاجِدٌ حَتَّى غَطَّ أَوْ نَفَخَ ثُمَّ قَامَ يُصَلِّي.‏ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قَدْ نِمْتَ قَالَ: ‏ "‏إِنَّ الْوُضُوءَ لاَ يَجِبُ إِلاَّ عَلَى مَنْ نَامَ مُضْطَجِعًا فَإِنَّهُ إِذَا اضْطَجَعَ اسْتَرْخَتْ مَفَاصِلُهُ"‏.‏

 

قَالَ أَبُو عِيسَى: وَأَبُو خَالِدٍ اسْمُهُ يَزِيدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ.‏

 

قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ عَائِشَةَ وَابْنِ مَسْعُودٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ‏.‏

 

Terjemahan

Isma‘il bin Musa al-Kufi, Hannad dan Muhammad bin ‘Ubayd al-Muharibi menceritakan kepada kami, dengan makna yang sama, mereka berkata: ‘Abd al-Salam bin Harb al-Mula’I menceritakan kepada kami, daripada Abu Khalid al-Dalani, daripada Qatadah, daripada Abu al-‘Aliyah, daripada Ibn ‘Abbas bahawa beliau melihat Nabi SAW tidur dalam keadaan sujud sehingga berdengkur atau menghembuskan nafas kemudian, baginda bangun mengerjakan solat. Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah tertidur.” Nabi bersabda: “Wuduk tidak wajib melainkan bagi sesiapa yang tidur dalam keadaan berbaring, kerana jika dia tidur berbaring, maka sendi-sendinya lenguh.”

 

Abu ‘Isa berkata: Abu Khalid ialah Yazid bin ‘Abd ar-Rahman.

 

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Aisyah, Ibn Mas‘ud dan Abu Hurairah.


Pengajaran

1. Hadith ini menjelaskan bahawa tidur dalam keadaan sujud tidak membatalkan wuduk.

2. Sebahagian ulama berhujah dengan hadith dha‘if (lemah) ini bahawa tidur tidak membatalkan wuduk kecuali apabila dalam keadaan berbaring. Manakala, tidur dalam keadaan duduk tidak membatalkan wuduk walaupun lama.

Hits: 436

Carian Hadith