hadis no 5

Perawi : Anas bin Malik RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :Kitab Wudhu’- كِتَابُ الوُضُوءِ

Bab :Bacaan Apabila Masuk Tandas

No. Hadith : 5

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، وَهَنَّادٌ، قَالاَ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ شُعْبَةَ، عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ صُهَيْبٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْخَلاَءَ، قَالَ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ قَالَ شُعْبَةُ: وَقَدْ قَالَ مَرَّةً أُخْرَى: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبِيثِ، أَوِ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ.
وَفِي الْبَابِ عَنْ عَلِيٍّ، وَزَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، وَجَابِرٍ، وَابْنِ مَسْعُودٍ.
حَدِيثُ أَنَسٍ أَصَحُّ شَيْءٍ فِي هَذَا الْبَابِ وَأَحْسَنُ.

وَحَدِيثُ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ فِي إِسْنَادِهِ اضْطِرَابٌ: رَوَى هِشَامٌ الدَّسْتُوَائِيُّ، وَسَعِيدُ بْنُ أَبِي عَرُوبَةَ، عَنْ قَتَادَةَ، فَقَالَ سَعِيدٌ: عَنِ الْقَاسِمِ بْنِ عَوْفٍ الشَّيْبَانِيِّ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، وَقَالَ هِشَامٌ: عَنْ قَتَادَةَ، عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، وَرَوَاهُ شُعْبَةُ، وَمَعْمَرٌ، عَنْ قَتَادَةَ، عَنِ النَّضْرِ بْنِ أَنَسٍ، فَقَالَ شُعْبَةُ: عَنْ زَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ، وَقَالَ مَعْمَرٌ: عَنِ النَّضْرِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ أَبِيهِ , عن النبي صلى الله عليه وسلم.
سَأَلْتُ مُحَمَّدًا عَنْ هَذَا، فَقَالَ: يُحْتَمَلُ أَنْ يَكُونَ قَتَادَةُ رَوَى عَنْهُمَا جَمِيعًا.

Terjemahan

Qutaibah dan Hannad menceritakan kepada kami kata mereka: Waki‘ daripada Abd Al-Aziz bin Shuhaib daripada Anas bin Malik berkata: Nabi SAW apabila masuk ke tandas, Nabi SAW berdoa wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau. Syu‘bah berkata: dan Nabi SAW berkata di waktu lain: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau daripada segala yang memudaratkan dan daripada syaitan-syaitan jantan dan betina. Abu ‘Isa berkata: Bab ini mengandungi riwayat daripada ‘Ali, Zaid bin Arqam, Jabir dan Ibn Mas‘ud. Abu ‘Isa berkata: Hadith Anas merupakan hadith yang paling sahih dan hasan dalam bab ini. Manakala hadith Zaid bin Arqam pula, pada sanadnya terdapat idtirab (pertentangan dalam sanad). Hisyam ad-Dastuwa’iyy dan Sa‘id bin Abu ‘Arubah daripada Qatadah, Sa‘id berkata daripada al-Qasim bin ‘Auf as-Syaibani daripada Zaid bin Arqam. Hisyam berkata daripada Qatadah daripada Zaid bin Arqam. Syu‘bah dan Ma‘mar meriwayatkan daripada Qatadah daripada al-Nadr bin Anas. Shu‘bah berkata daripada Zaid bin Arqam, dan Ma‘mar berkata daripada an-Nadr bin Anas daripada bapanya daripada Nabi SAW. Abu ‘Isa berkata: Aku telah bertanya kepada Muhammad SAW mengenai hal ini, beliau menjawab: Kemungkinan Qatadah telah meriwayatkan daripada mereka berdua.


Pengajaran

 

1. Tandas dan tempat mandi adalah tempat tinggal syaitan.

 

2. Islam menganjurkan membaca doa ketika masuk tandas seperti berikut: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau daripada perkara memudaratkan dan daripada syaitan-syaitan jantan dan betina.”

Hits: 645

Carian Hadith