Berwuduk Kerana Keluar Angin

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Berwuduk Kerana Keluar Angin

No. Hadith : 75

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ، عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ‏ "إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ فِي الْمَسْجِدِ فَوَجَدَ رِيحًا بَيْنَ أَلْيَتَيْهِ فَلاَ يَخْرُجْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا"‏.‏

 

قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ وَعَلِيِّ بْنِ طَلْقٍ وَعَائِشَةَ وَابْنِ عَبَّاسٍ وَابْنِ مَسْعُودٍ وَأَبِي سَعِيدٍ.‏

 

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.‏ وَهُوَ قَوْلُ الْعُلَمَاءِ أَنْ لاَ يَجِبَ عَلَيْهِ الْوُضُوءُ إِلاَّ مِنْ حَدَثٍ يَسْمَعُ صَوْتًا أَوْ يَجِدُ رِيحًا.‏ وَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ إِذَا شَكَّ فِي الْحَدَثِ فَإِنَّهُ لاَ يَجِبُ عَلَيْهِ الْوُضُوءُ حَتَّى يَسْتَيْقِنَ اسْتِيقَانًا يَقْدِرُ أَنْ يَحْلِفَ عَلَيْهِ.‏ وَقَالَ إِذَا خَرَجَ مِنْ قُبُلِ الْمَرْأَةِ الرِّيحُ وَجَبَ عَلَيْهَا الْوُضُوءُ.‏ وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ وَإِسْحَاقَ.‏

 

Terjemahan

Qutaybah menceritakan kepada kami, Abd al-‘Aziz bin Muhammad menceritakan kepada kami, daripada Suhayl bin Abi Salih, daripada bapanya, daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang antara kamu berada di dalam masjid dan mendapati ada keluarnya angin antara papan punggungnya maka janganlah dia keluar sehingga dia mendengar bunyi suara atau mencium bau.”

 

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Abdullah bin Zayd, Ali bin Talq, ‘Aisyah, Ibn ‘Abbas, Ibn Mas‘ud dan Abu Sa‘id.

 

Abu ‘Isa berkata: hadith ini hasan sahih. Pendapat ini merupakan pendapat para ulama yang menyatakan tidak wajib bagi seseorang berwudhu melainkan daripada hadas: Iaitu dia mendengar bunyi atau mencium bau. ‘Abdullah bin Mubarak berkata: Jika seseorang syak pada hadas, maka tidaklah wajib baginya berwuduk sehingga dia benar-benar yakin dan sanggup bersumpah atasnya. Abu ‘Isa berkata: Jika keluar angin daripada kemaluan wanita maka wajib baginya berwuduk. Pendapat ini merupakan pendapat asy-Syafi‘i dan Ishaq.


Pengajaran

1. Hadith ini menjelaskan tentang hukum keluar angin semasa bersolat di masjid, namun ia tidak bermakna hukum ini tidak berlaku jika bersolat di luar masjid.

Hits: 357

Carian Hadith