Kencing Haiwan Yang Dagingnya Dimakan

Perawi : Anas bin Malik RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Kencing Haiwan yang Dagingnya Dimakan

No. Hadith : 73

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا الْفَضْلُ بْنُ سَهْلٍ الأَعْرَجُ الْبَغْدَادِيُّ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ غَيْلاَنَ، قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ، حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ التَّيْمِيُّ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ إِنَّمَا سَمَلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَعْيُنَهُمْ لأَنَّهُمْ سَمَلُوا أَعْيُنَ الرُّعَاةِ.‏

 

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لاَ نَعْلَمُ أَحَدًا ذَكَرَهُ غَيْرَ هَذَا الشَّيْخِ عَنْ يَزِيدَ بْنِ زُرَيْعٍ.‏ وَهُوَ مَعْنَى قَوْلِهِ:‏ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ‏ ‏.‏ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ قَالَ إِنَّمَا فَعَلَ بِهِمُ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم هَذَا قَبْلَ أَنْ تَنْزِلَ الْحُدُودُ ‏.‏

 

Terjemahan

Al-Fadl bin Sahl al-A‘raj al-Baghdadi menceritakan kepada kami, Yahya bin Ghaylan menceritakan kepada kami, katanya, Yazid bin Zuray‘ menceritakan kepada kami, Sulayman al-Taymi menceritakan kepada kami, daripada Anas bin Malik berkata: "Sesungguhnya, Nabi SAW mencungkil mata mereka kerana mereka telah mencungkil mata pengembala."

 

Abu ‘Isa berkata: Hadith ini hasan gharib, kami tidak mengetahui seorang pun yang menyebutnya selain syaikh ini daripada Yazid bin Zurai, ia adalah makna firman Allah SWT: “Dan luka-luka (pun) ada qisasnya”. Telah diriwayatkan daripada Muhammad bin Sirin katanya: Nabi SAW memperlakukan mereka sedemikian sebelum turun ayat-ayat hudud.


Pengajaran

1. Hadith ini menguatkan lagi maksud hadith sebelum ini bahawa hukuman ke atas orang yang diqisas adalah sebagaimana perlakuannya.

Hits: 365

Carian Hadith