Orang Yang Berwuduk Sebahagiannya Dua Kali dan Sebahagiannya Tiga Kali

Perawi : Abdullah bin Zayd RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Orang Yang Berwuduk Sebahagiannya Dua Kali dan Sebahagiannya Tiga Kali

No. Hadith : 46

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي عُمَرَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ فَغَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا وَغَسَلَ يَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ وَمَسَحَ بِرَأْسِهِ وَغَسَلَ رِجْلَيْهِ مَرَّتَيْنِ. قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ ذُكِرَ فِي غَيْرِ حَدِيثٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ بَعْضَ وُضُوئِهِ مَرَّةً وَبَعْضَهُ ثَلَاثًا وَقَدْ رَخَّصَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ فِي ذَلِكَ لَمْ يَرَوْا بَأْسًا أَنْ يَتَوَضَّأَ الرَّجُلُ بَعْضَ وُضُوئِهِ ثَلَاثًا وَبَعْضَهُ مَرَّتَيْنِ أَوْ مَرَّةً

Terjemahan

Muhammad bin Abi ‘Umar telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan bin ‘Uyaynah telah meriwayatkan kepada kami, daripada ‘Amr bin Yahya, daripada bapanya, daripada ‘Abdullah bin Zayd, katanya: “Bahawa Nabi SAW berwuduk, maka Baginda membasuh mukanya tiga kali dan membasuh tangannya dua kali, dan menyapu kepalanya dan membasuh kedua-dua kakinya dua kali.”

Abu ‘Isa berkata: hadith ini hasan sahih.Telah diriwayatkan pada hadith yang lain bahawa Nabi SAW berwuduk, sebahagian wuduknya sekali dan sebahagiannya pula tiga kali. Sesetengah ulama’ mengharuskan yang demikian di mana seseorang boleh berwuduk sebahagiannya tiga kali dan sebahagian yang lain dua kali atau sekali.


Pengajaran

 

1. Hadith ini menyatakan mengenai keharusan mempelbagaikan bilangan

membasuh anggota wuduk dengan sebahagiannya sekali dan

 

sebahagiannya dua atau tiga kali.

 

 

Hits: 359

Carian Hadith