Kencing Haiwan Yang Dagingnya Dimakan

Perawi : Anas bin Malik RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Kencing Haiwan yang Dagingnya Dimakan

No. Hadith : 72

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ مُحَمَّدٍ الزَّعْفَرَانِيُّ، حَدَّثَنَا عَفَّانُ بْنُ مُسْلِمٍ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ، حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ، وَقَتَادَةُ، وَثَابِتٌ، عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ نَاسًا، مِنْ عُرَيْنَةَ قَدِمُوا الْمَدِينَةَ فَاجْتَوَوْهَا فَبَعَثَهُمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي إِبِلِ الصَّدَقَةِ وَقَالَ: ‏ "‏اشْرَبُوا مِنْ أَلْبَانِهَا وَأَبْوَالِهَا‏"‏.‏ فَقَتَلُوا رَاعِيَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَاسْتَاقُوا الإِبِلَ وَارْتَدُّوا عَنِ الإِسْلاَمِ فَأُتِيَ بِهِمُ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَقَطَعَ أَيْدِيَهُمْ وَأَرْجُلَهُمْ مِنْ خِلاَفٍ وَسَمَرَ أَعْيُنَهُمْ وَأَلْقَاهُمْ بِالْحَرَّةِ.‏ قَالَ أَنَسٌ فَكُنْتُ أَرَى أَحَدَهُمْ يَكُدُّ الأَرْضَ بِفِيهِ حَتَّى مَاتُوا.‏ وَرُبَّمَا قَالَ حَمَّادٌ يَكْدُمُ الأَرْضَ بِفِيهِ حَتَّى مَاتُوا.‏

 

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.‏ وَقَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ أَنَسٍ ‏.‏ وَهُوَ قَوْلُ أَكْثَرِ أَهْلِ الْعِلْمِ قَالُوا لاَ بَأْسَ بِبَوْلِ مَا يُؤْكَلُ لَحْمُهُ.‏

 

Terjemahan

Al-Hasan bin Muhammad al-Za‘farani menceritakan kepada kami, ‘Affan bin Muslim menceritakan kepada kami, Hammad bin Salamah menceritakan kepada kami, Humayd, Qatadah dan Thabit menceritakan kepada kami, daripada Anas bahawa beberapa orang daripada ‘Urainah datang ke Madinah, kemudian mereka ditimpa sakit (disebabkan cuaca Madinah) tinggal di Madinah, maka Rasulullah mengutus mereka ke tempat pengembalaan unta sedekah, kemudian Rasulullah SAW bersabda: Minumlah daripada susunya dan kencingnya. Kemudian, mereka membunuh pengembala, merampas untanya dan murtad daripada Islam. Selepas itu mereka (ditangkap) dan dibawa kepada Nabi SAW lalu baginda (menghukum) dengan memotong tangan dan kaki mereka secara bersilang dan mencungkil mata mereka kemudian dicampakkan ke padang al-Harrah (suatu tempat yang dipenuhi batu hitam). Anas berkata: Aku melihat seorang daripada mereka mulutnya mengais tanah hingga mereka mati. Hammad berkata: Mengigit-gigit tanah dengan mulutnya hingga mereka mati.

 

Abu ‘Isa berkata: Hadith ini hasan sahih. Telah diriwayatkan melalui sanad lain daripada Anas. Majoriti ulama menyatakan tiada salahnya meminum kencing haiwan yang dimakan dagingnya.


Pengajaran

1. Hadith ini menceritakan mengenai layanan baik Rasulullah terhadap rombongan luar yang datang ke Madinah.

2. Susu dan air kencing unta mempunyai khasiat dalam menyembuhkan penyakit.

3. Pelaksanaan qisas wajib dilaksanakan dengan adil dan sama rata.

4. Sesetengah ulama menyatakan sesiapa membunuh seseorang dengan sebarang alat atau cara, maka ia diqisas dengan pedang. Namun, pendapat yang tepat ialah orang tersebut diqisas dengan sebagaimana perlakuannya.

5. Air kencing unta menurut mazhab asy-Syafi‘i adalah najis. Namun terdapat ulama yang menyatakan air kencing unta tidak najis berdasarkan hadith ini.

6. Setengah ulama berpendapat semua haiwan yang dagingnya halal dimakan maka air kencing, kotoran dan air liurnya suci. Pendapat ini diqiaskan dengan unta.

Hits: 1273

Carian Hadith