Wajib Meratakan Air ke Setiap Rambut

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Wajib Meratakan Air ke Setiap Rambut

No. Hadith : 106

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ قَالَ: حَدَّثَنَا الحَارِثُ بْنُ وَجِيهٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا مَالِكِ بْنُ دِينَارٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ، عَنْ أَبيِ هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: تَحْتَ كُلِّ شَعْرَةٍ جَنَابَةٌ، فَاغْسِلُوا الشَّعْرَ، وَأَنْقُوا البَشَرَ ، وَفِي البَابِ عَنْ عَلِيٍّ، وَأَنَسٍ، حَدِيثُ الحَارِثِ بْنِ وَجِيهٍ حَدِيثٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِهِ، وَهُوَ شَيْخٌ لَيْسَ بِذَاكَ، وَقَدْ رَوَى عَنْهُ غَيْرُ وَاحِدٍ مِنَ الأَئِمَّةِ، وَقَدْ تَفَرَّدَ بِهَذَا الحَدِيثِ، عَنْ مَالِكِ بْنِ دِينَارٍ، وَيُقَالُ: الحَارِثُ بْنُ وَجِيهٍ، وَيُقَالُ: ابْنُ وَجْبَةَ.

Terjemahan

Daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW bersabda: Setiap helai rambut itu adalah berjunub, maka basuhlah setiap rambut dan membersihkan kulit.

Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Ali dan Anas.

Hadith al-Harith bin Wajih adalah hadith gharib, kami tidak mengetahuinya melainkan daripada hadithnya. Beliau adalah syaikh laisa bi zaka (ungkapan ini bermaksud riwayatnya tidak kuat). Ramai ulama’ yang telah meriwayatkan daripada beliau. Beliau bersendirian dalam meriwayatkan hadith ini daripada Malik bin Dinar. Dikatakan al-Harith bin Wajih dan dikatakan juga Ibn Wajba


Pengajaran

  1. Hadith ini menerangkan mengenai perlunya wanita menguraikan rambutnya.
  2. Ramai ulama’ menyatakan hadith ini dha‘if, namun ada juga ulama’ yang mensahihkannya.
Hits: 329

Carian Hadith