Merenjis Air ke atas Tempat Kencing Budak Lelaki yang belum Makan Makanan (Masih Menyusu)

Perawi : Umm Qays binti Mihsan

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Merenjis Air ke atas Tempat Kencing Budak Lelaki yang belum Makan Makanan (Masih Menyusu)

No. Hadith : 71

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، وَأَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ، قَالاَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ، عَنْ أُمِّ قَيْسٍ بِنْتِ مِحْصَنٍ، قَالَتْ دَخَلْتُ بِابْنٍ لِي عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم لَمْ يَأْكُلِ الطَّعَامَ فَبَالَ عَلَيْهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَرَشَّهُ عَلَيْهِ.‏

 

قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ عَلِيٍّ وَعَائِشَةَ وَزَيْنَبَ وَلُبَابَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ وَهِيَ أُمُّ الْفَضْلِ بْنِ عَبَّاسِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ وَأَبِي السَّمْحِ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو وَأَبِي لَيْلَى وَابْنِ عَبَّاسٍ.‏

 

قَالَ أَبُو عِيسَى وَهُوَ قَوْلُ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَالتَّابِعِينَ وَمَنْ بَعْدَهُمْ مِثْلِ أَحْمَدَ وَإِسْحَاقَ قَالُوا يُنْضَحُ بَوْلُ الْغُلاَمِ وَيُغْسَلُ بَوْلُ الْجَارِيَةِ وَهَذَا مَا لَمْ يَطْعَمَا فَإِذَا طَعِمَا غُسِلاَ جَمِيعًا.‏

Terjemahan

Qutaybah dan Ahmad bin Mani‘ menceritakan kepada kami, mereka berkata: Sufyan bin ‘Uyaynah menceritakan kepada kami, daripada al-Zuhri, daripada ‘Ubayd Allah bin Abdillah bin  ‘Utbah, daripada Umm Qays binti Mihsan katanya: “Aku bersama anak lelakiku yang belum memakan makanan (masih menyusu) bertemu dengan Nabi SAW, kemudian anak itu kencing di atas riba Nabi lalu Nabi SAW meminta air kemudian memercikkan air ke atasnya.”

 

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Ali, ‘Aisyah, Zainab, Lubabah binti al-Harith dan beliau adalah Umm al-Fadhl bin ‘Abbas bin ‘Abd al-Muttalib, ‘Abdullah bin ‘Amrin, Abu Laila, Ibn ‘Abbas.

 

Abu ‘Isa berkata: Pendapat ini merupakan pendapat majoriti ulama daripada kalangan sahabat-sahabat Nabi SAW, tabi‘in serta generasi selepas mereka seperti Ahmad dan Ishaq. Mereka menyatakan direnjiskan air ke atas kencing kanak-kanak lelaki dan dibasuh bagi kencing kanak-kanak perempuan selagi belum makan makanan (dalam tempoh penyusuan). Apabila telah makan makanan maka semuanya dibasuh.


Pengajaran

1. Hadith ini menceritakan tentang hukum air kencing kanak-kanak lelaki dan cara membersihkannya.

2. Cara membersihkan kencing kanak-kanak lelaki adalah dengan merenjiskan air di tempat kencing tersebut.

Hits: 401

Carian Hadith