Penekanan Terhadap Aspek Kebersihan Ketika Membuang Air Kecil

Perawi : Abdullah bin Abbas RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Penekanan Terhadap Aspek Kebersihan Ketika Membuang Air Kecil

No. Hadith : 70

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، وَقُتَيْبَةُ، وَأَبُو كُرَيْبٍ قَالُوا حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنِ الأَعْمَشِ، قَالَ سَمِعْتُ مُجَاهِدًا، يُحَدِّثُ عَنْ طَاوُسٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم مَرَّ عَلَى قَبْرَيْنِ فَقَالَ: ‏ "‏إِنَّهُمَا يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا هَذَا فَكَانَ لاَ يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ وَأَمَّا هَذَا فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ"‏.‏

 

قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَابِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَأَبِي مُوسَى وَعَبْدِ الرَّحْمَنِ ابْنِ حَسَنَةَ وَزَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ وَأَبِي بَكْرَةَ.‏

 

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.‏ وَرَوَى مَنْصُورٌ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ وَلَمْ يَذْكُرْ فِيهِ عَنْ طَاوُسٍ.‏ وَرِوَايَةُ الأَعْمَشِ أَصَحُّ.‏ قَالَ وَسَمِعْتُ أَبَا بَكْرٍ مُحَمَّدَ بْنَ أَبَانَ الْبَلْخِيَّ مُسْتَمْلِي وَكِيعٍ يَقُولُ سَمِعْتُ وَكِيعًا يَقُولُ الأَعْمَشُ أَحْفَظُ لإِسْنَادِ إِبْرَاهِيمَ مِنْ مَنْصُورٍ.‏

 

Terjemahan

Hannad, Qutaybah, dan Abu Kurayb menceritakan kepada kami, mereka berkata, Waki‘ menceritakan kepada kami, daripada al-A‘mash, katanya: Saya mendengar Mujahid menceritakan daripada Tawus, daripada Ibn ‘Abbas bahawa Nabi SAW melalui dua kubur, kemudian bersabda: “Sesungguhnya, mereka berdua sedang diazab, dan kedua-duanya tidaklah diazab disebabkan dosa besar. Kubur yang pertama ialah kerana penghuninya tidak menjaga kebersihan ketika membuang air kecil, dan kubur yang kedua penghuninya suka mengadu domba.”

 

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Abu Hurairah, Abu Musa, ‘Abd ar-Rahman bin Hasanah, Zaid bin Thabit dan Abu Bakr.

 

Abu ‘Isa berkata hadith ini hasan sahih. Mansur telah meriwayatkan hadith ini daripada Mujahid daripada Ibn ‘Abbas dan beliau tidak menyebut padanya daripada Tawus. Riwayat al-A‘mash adalah lebih sahih. Katanya lagi: Aku telah mendengar Abu Bakr Muhammad bin Aban al-Balkhi iaitu orang yang meminta dibacakan oleh Waki’ berkata: Aku telah mendengar Waki’ berkata: Al-A‘mash lebih menghafaz sanad Ibrahim berbanding Mansur.


Pengajaran

1. Hadith ini menekankan aspek kebersihan ketika membuang air kecil kerana sesiapa yang mengabaikannya diancam dengan azab kubur.

2. Islam melarang perbuatan mengadu domba kerana ia memecahbelahkan perpaduan masyarakat Islam selain diancam dengan azab kubur.

3. Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa kedua-dua kubur tersebut adalah kubur orang kafir yang meninggal dunia ketika zaman jahiliyah. Pendapat yang tepat ialah kedua kubur tersebut ialah kubur orang Islam kerana tidak mungkin Nabi SAW memberi syafaat kepada orang-orang kafir.

4. Perbuatan ghibah (mengumpat) juga termasuk dalam ancaman azab kubur kerana apabila seseorang mengadu domba maka sudah pasti dia juga melakukan ghibah (mengumpat).

Hits: 394

Carian Hadith