Tidak Perlu Berwudhu ’ Selepas Mengucup Isteri

Perawi : ‘Urwah

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Wudhu

No. Hadith : 86

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، وَهَنَّادٌ، وَأَبُو كُرَيْبٍ وَأَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ وَمَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ وَأَبُو عَمَّارٍ الْحُسَيْنُ بْنُ حُرَيْثٍ قَالُوا حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ حَبِيبِ بْنِ أَبِي ثَابِتٍ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَبَّلَ بَعْضَ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلاَةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ ‏.‏ قَالَ قُلْتُ مَنْ هِيَ إِلاَّ أَنْتِ قَالَ فَضَحِكَتْ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَقَدْ رُوِيَ نَحْوُ هَذَا عَنْ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَالتَّابِعِينَ ‏.‏ وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَأَهْلِ الْكُوفَةِ قَالُوا لَيْسَ فِي الْقُبْلَةِ وُضُوءٌ ‏.‏ وَقَالَ مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ وَالأَوْزَاعِيُّ وَالشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ وَإِسْحَاقُ فِي الْقُبْلَةِ وُضُوءٌ ‏.‏ وَهُوَ قَوْلُ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَالتَّابِعِينَ ‏.‏ وَإِنَّمَا تَرَكَ أَصْحَابُنَا حَدِيثَ عَائِشَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي هَذَا لأَنَّهُ لاَ يَصِحُّ عِنْدَهُمْ لِحَالِ الإِسْنَادِ ‏.‏ قَالَ وَسَمِعْتُ أَبَا بَكْرٍ الْعَطَّارَ الْبَصْرِيَّ يَذْكُرُ عَنْ عَلِيِّ بْنِ الْمَدِينِيِّ قَالَ ضَعَّفَ يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْقَطَّانُ هَذَا الْحَدِيثَ جِدًّا ‏.‏ وَقَالَ هُوَ شِبْهُ لاَ شَىْءَ ‏.‏ قَالَ وَسَمِعْتُ مُحَمَّدَ بْنَ إِسْمَاعِيلَ يُضَعِّفُ هَذَا الْحَدِيثَ وَقَالَ حَبِيبُ بْنُ أَبِي ثَابِتٍ لَمْ يَسْمَعْ مِنْ عُرْوَةَ ‏.‏ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَبَّلَهَا وَلَمْ يَتَوَضَّأْ ‏.‏ وَهَذَا لاَ يَصِحُّ أَيْضًا ‏.‏ وَلاَ نَعْرِفُ لإِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ سَمَاعًا مِنْ عَائِشَةَ ‏.‏ وَلَيْسَ يَصِحُّ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي هَذَا الْبَابِ شَيْءٌ ‏.

Terjemahan

Qutaibah, Hannad, Abu Kuraib, Ahmad bin Mani’,Mahmud bin Ghailan, Abu ‘Ammar al-Husin bin Hurais telah menceritakan kepada kami, mereka berkata, daripada al-‘Amasy, daripada habib bin abu Sabit, daripada ‘Urwah daripada ‘Aisyah bahawa Nabi SAW telah mengucup sebahagian isterinya kemudian Nabi SAW keluar untuk solat tanpa berwudhu’,‘Urwah berkata: Siapa dia kalau bukan engkau? Maka ‘Aisyah ketawa. Abu ‘Isa berkata: Telah diriwayatkan seperti hadith ini ramai daripada sahabat-sahabat Nabi SAW dan para Tabi‘in. Pendapat ini juga merupakan pendapat Sufyan ath-Thauri, ulama’ Kufah, iaitu mereka menyatakan tiada wudhu’ disebabkan mengucup isteri.

Malik bin Anas, al-Auza‘i, asy-Syafi‘i, Ahmad dan Ishaq menyatakan wajib berwudhu’ daripada mengucup isteri. Pendapat ini merupakan pendapat ramai daripada sahabat-sahabat Nabi SAW dan para Tabi‘in. Namun, ulama’ hadith meninggalkan hadith ‘Aisyah daripada Nabi SAW dalam perkara ini kerana hadith tidak sahih menurut mereka dari segi sanad.

Abu ‘Isa berkata: Aku telah mendengar Abu Bakr al-‘Attar al-Basri menyebut daripada ‘Ali bin al-Madini katanya: Yahya bin Sa‘id al-Qattan hadith ini sangat dha‘if dengan katanya huwa Shibh la Shay’ (ungkapan ini menunjukkan kedha‘ifan hadith).

Abu ‘Isa berkata: Aku telah mendengar Muhammad bin Isma‘il menyatakan hadith ini dha‘if, dan katanya: Habib bin Abu Thabit tidak mendengar daripada ‘Urwah. Telah diriwayatkan juga daripada Ibrahim al-Taimi daripada ‘Aisyah: bahawa Nabi SAW pernah mengucupnya dan baginda tidak berwudhu’ lagi.

Hadith ini juga tidak sahih, kami tidak mengetahui Ibrahim al-Taimi ada mendengar daripada ‘Aisyah. Tiada hadith yang sahih daripada Nabi SAW pada bab ini


Pengajaran

Faedah dan Pengajaran Hadith:

1. Hadith ini menerangkan bahawa tidak perlu berwudhu’ selepas mengucup isteri.

2. Ulama’ berselisih pendapat mengenai hukum hadith ini, ada  ulama’ yang menyatakannya dha‘if dan ada pula ulama’ yang mensahihkannya disebabkan   

    sokongan riwayat lain.

 

3. Ulama’ yang meyatakan hadith ini dha‘if berpendapat bahawa  menyentuh perempuan dengan syahwat membatalkan wudhu’,

 

    berdasarkan firman Allah SWT surah an-Nisa’ ayat 43 yang bermaksud: “Ataukah engkau menyentuh perempuan.

 

    Pendapat ini dijawab dengan pentafsiran Ibn ‘Abbas bahawa yang dimaksudkan dengan “menyentuh” dalam ayat di atas  

 

    adalah bersetubuh.

 

4. Sebahagian ulama’ membezakan antara menyentuh dengan mengucup dari sudut batalnya wudhu’. Mengucup membatalkan

 

    wudhu’ kerana mengucup kebiasaannya disertai dengan syahwat. Berbeza dengan menyentuh yang kebiasaannya tidak disertai dengan syahwat, maka tidak

    perlu berwudhu’.

 

5. Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa menyentuh perempuan, sama ada disertai syahwat ataupun tidak tetap

 

    membatalkan wudhu’, tetapi jika dia menyentuh mahramnya maka tidak membatalkan wudhu’.

 

6. Para isteri Rasulullah SAW (ummahat al-mu’minin). Bersungguh-sungguh dalam menyampaikan apa-apa yang

 

    datang daripada Rasulullah SAW walaupun perkara tersebut menimbulkan perasaan malu dalam kalangan merek

Hits: 493

Carian Hadith