Air Laut Itu Suci

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Air Laut Itu Suci

No. Hadith : 69

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، عَنْ مَالِكٍ، ح وَحَدَّثَنَا الأَنْصَارِيُّ إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا مَعْنٌ، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، عَنْ صَفْوَانَ بْنِ سُلَيْمٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ سَلَمَةَ، مِنْ آلِ ابْنِ الأَزْرَقِ أَنَّ الْمُغِيرَةَ بْنَ أَبِي بُرْدَةَ، وَهُوَ مِنْ بَنِي عَبْدِ الدَّارِ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ، سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ، يَقُولُ: سَأَلَ رَجُلٌ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَرْكَبُ الْبَحْرَ وَنَحْمِلُ مَعَنَا الْقَلِيلَ مِنَ الْمَاءِ فَإِنْ تَوَضَّأْنَا بِهِ عَطِشْنَا أَفَنَتَوَضَّأُ مِنْ مَاءِ الْبَحْرِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: ‏ "‏هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ الْحِلُّ مَيْتَتُهُ"‏.‏

 

قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ جَابِرٍ وَالْفِرَاسِيِّ.‏

 

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.‏ وَهُوَ قَوْلُ أَكْثَرِ الْفُقَهَاءِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم مِنْهُمْ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَابْنُ عَبَّاسٍ لَمْ يَرَوْا بَأْسًا بِمَاءِ الْبَحْرِ.‏ وَقَدْ كَرِهَ بَعْضُ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم الْوُضُوءَ بِمَاءِ الْبَحْرِ مِنْهُمُ ابْنُ عُمَرَ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو‏.‏ وَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو هُوَ نَارٌ‏.‏

Terjemahan

Qutaybah menceritakan kepada kami, daripada Malik; ح al-Ansari Ishaq bin Musa menceritakan kepada kami, Ma‘n menceritakan kepada kami, Malik menceritakan kepada kami, daripada Safwan bin Sulaym, daripada Sa‘id bin Salamah, salah seorang ahli keluarga Ibn al-Arzaq,  bahawa al-Mughirah bin Abi Burdah iaitu salah seorang ahli keluarga Bani Abd al-Dar mengkhabarkan kepadanya, bahawa beliau mendengar Abu Hurairah berkata: “Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berlayar di lautan sambil membawa sedikit air, jika kami berwuduk dengan air tersebut kami akan kehausan. Bolehkah kami berwuduk dari air laut?” Rasulullah SAW menjawab: “Airnya suci dan bangkainya halal.”

 

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Jabir dan al-Firasi.

 

Abu ‘Isa berkata: Hadith ini hasan sahih. Ini merupakan pendapat majoriti ulama fiqh daripada sahabat-sahabat Nabi SAW di antaranya Abu Bakr, ‘Umar dan Ibn ‘Abbas yang membolehkan menggunakan air laut. Sebahagian sahabat Nabi SAW melarang menggunakan air laut untuk berwuduk. Antaranya Ibn ‘Umar dan ‘Abdullah bin ‘Amru. ‘Abdullah bin ‘Amr berkata air laut adalah api.


Pengajaran

1. Harus berwuduk menggunakan air laut kerana ia suci dan menyucikan.

2. Bangkai haiwan laut seperti ikan, sotong, udang dan sebagainya adalah halal.

3. Menurut sesetengah ulama, sahabat bertanya kepada Nabi SAW hukum air laut kerana pada anggapan mereka wujud api di dasar laut dan tidak boleh digunakan untuk berwuduk.

Hits: 1386

Carian Hadith