Adakah Perlu Wanita Menguraikan Rambutnya ketika Mandi?

Perawi : Ummu Salamah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Adakah Perlu Wanita Menguraikan Rambutnya ketika Mandi?

No. Hadith : 105

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا ابْنُ أَبيِ عُمَرَ قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ أَيُّوبَ بْنِ مُوسَى، عَنْ سَعِيدٍ المَقْبُرِيِّ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ رَافِعٍ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، قَالَتْ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إنِّي امْرَأَةٌ أَشُدُّ ضَفْرَ رَأْسِي، أَفَأَنْقُضُهُ لِغُسْلِ الجَنَابَةِ؟ قَالَ: لَا إِنَّمَا يَكْفِيكِ أَنْ تَحْثِي عَلَى رَأْسِكِ ثَلاَثَ حَثَيَاتٍ مِنْ مَاءٍ، ثُمَّ تُفِيضِي عَلَى سَائِرِ جَسَدِكِ المَاءَ, فَتَطْهُرِينَ » , أَوْ قَالَ :«فَإِذا أَنْتِ قَدْ تَطَهَّرْتِ ، هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ " وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهْلِ العِلْمِ: أَنَّ المَرْأَةَ إِذَا اغْتَسَلَتْ مِنَ الجَنَابَةِ فَلَمْ تَنْقُضْ شَعْرَهَا أَنَّ ذَلِكَ يُجْزِئُهَا بَعْدَ أَنْ تُفِيضَ المَاءَ عَلَى رَأْسِهَا.

Terjemahan

Daripada Ummu Salamah berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku adalah seorang perempuan yang mengikat dandanan rambut kepalaku. Adakah aku wajib menguraikannya ketika mandi junub? Nabi SAW menjawab: Tidak, sesungguhnya memadai bagi engkau menuang air ke atas kepalamu tiga kali, kemudian tuangkan air ke seluruh badanmu, maka engkau suci. Atau sabdanya: Jika begitu engkau telah suci.

Hadith ini adalah hadith hasan sahih.

Amalan terhadap hadith ini menurut para ulama’, bahawa apabila seorang wanita mandi junub tanpa menguraikan rambutnya, maka ia telah memadai baginya setelah dia menuangkan air ke atas rambutnya.


Pengajaran

Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa wanita yang mandi junub tidak perlu menguraikan rambutnya, tetapi memadai sekadar menuangkan air ke atas kepalanya sebanyak tiga kali. Sebahagian ulama’ pula beranggapan wajib bagi wanita menguraikan rambutnya jika air tidak sampai ke ubun-ubun kepala. Tetapi, jika sampai maka dia tidak perlu menguraikan rambutnya.

      

Hits: 513

Carian Hadith