Larangan Mencelupkan Tangan ke dalam Bekas Air Sebelum Membasuhnya Selepas Bangun Daripada Tidur

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Larangan Mencelupkan Tangan ke dalam Bekas Air Sebelum Membasuhnya Selepas Bangun Daripada Tidur

No. Hadith : 24

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ أَحْمَدُ بْنُ بَكَّارٍ الدِّمَشْقِيُّ يُقَالُ هُوَ مِنْ وَلَدِ بُسْرِ بْنِ أَرْطَاةَ صَاحِبِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ عَنْ الْأَوْزَاعِيِّ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ وَأَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ اللَّيْلِ فَلَا يُدْخِلْ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ حَتَّى يُفْرِغَ عَلَيْهَا مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا، فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ. وَفِي الْبَاب عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَجَابِرٍ وَعَائِشَةَ. قَالَ أَبُو عِيسَى: وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. قَالَ الشَّافِعِيُّ: وَأُحِبُّ لِكُلِّ مَنْ اسْتَيْقَظَ مِنْ النَّوْمِ قَائِلَةً كَانَتْ أَوْ غَيْرَهَا أَنْ لَا يُدْخِلَ يَدَهُ فِي وَضُوئِهِ حَتَّى يَغْسِلَهَا. فَإِنْ أَدْخَلَ يَدَهُ قَبْلَ أَنْ يَغْسِلَهَا كَرِهْتُ ذَلِكَ لَهُ وَلَمْ يُفْسِدْ ذَلِكَ الْمَاءَ إِذَا لَمْ يَكُنْ عَلَى يَدِهِ نَجَاسَةٌ. وَقَالَ أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ: إِذَا اسْتَيْقَظَ مِنْ النَّوْمِ مِنْ اللَّيْلِ فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِي وَضُوئِهِ قَبْلَ أَنْ يَغْسِلَهَا، فَأَعْجَبُ إِلَيَّ أَنْ يُهْرِيقَ الْمَاءَ. وَقَالَ إِسْحَقُ: إِذَا اسْتَيْقَظَ مِنْ النَّوْمِ بِاللَّيْلِ أَوْ بِالنَّهَارِ فَلَا يُدْخِلْ يَدَهُ فِي وَضُوئِهِ حَتَّى يَغْسِلَهَا.

Terjemahan

Abu al-Walid Ahmad bin Bakkar al-Dimasyqi (dikatakan dia adalah anak kepada Busr bin Artoh salah seorang sahabat Nabi SAW) telah menceritakan kepada kami, al-Walid bin Muslim telah menceritakan kepada kami daripada al-Awza’i, daripada al-Zuhri, daripada Sa’id bin al-Musayyib dan Abu Salamah, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu bangun daripada tidur malam, maka janganlah memasukkan tangannya ke dalam bekas air sehingga dia membasuhnya dua atau tiga kali kerana sesungguhnya dia tidak tahu di mana tangannya bermalam (diletakkan). Pada bab ini terdapat riwayat daripada Ibn ‘Umar, Jabir dan ‘Aisyah. Abu ‘Isa berkata: hadith ini hasan sahih. Imam asy-Syafi‘i berkata: Aku suka tiap-tiap orang yang terjaga daripada tidurnya sama ada tidur tengah hari atau lainnya, bahawa dia tidak memasukkan tangannya ke dalam bekas air sehingga dia membasuhnya. Apabila dia memasukkan tangannya sebelum membasuhnya, maka aku tidak menyukainya. Namun, air tersebut tidak rosak selagi tiada najis di tangannya. Ahmad bin Hanbal berkata: Apabila seseorang terjaga daripada tidur malam, kemudian dia memasukkan tangannya ke dalam bekas air wudhu’ sebelum dia membasuh kedua-dua tangannya terlebih dahulu, dan aku lebih suka air tersebut dibuang. Ishaq berkata: Apabila salah seorang terjaga daripada tidur malam atau siang, maka janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam air wudhu’ sehingga dia membasuhnya.


Pengajaran

1.   Anjuran membasuh tangan sebelum memasukkan tangan ke dalam bekas air selepas bangun daripada tidur.

 

2.   Digalakkan membasuh tangan sebanyak dua atau tiga kali.

 

3.   Tangan yang dimaksudkan dalam hadith ialah kedua-dua tapak tangan.

Hits: 391

Carian Hadith