Berwuduk Dengan Membasuh Tiga Kali (Setiap Anggota)

Perawi : Ali bin Abi Talib RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Berwuduk Dengan Membasuh Tiga Kali (Setiap Anggota)

No. Hadith : 44

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ أَبِي حَيَّةَ عَنْ عَلِيٍّ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ ثَلَاثًا ثَلَاثًا. قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ عُثْمَانَ وَعَائِشَةَ وَالرُّبَيِّعِ وَابْنِ عُمَرَ وَأَبِي أُمَامَةَ وَأَبِي رَافِعٍ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْروٍ وَمُعَاوِيَةَ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَجَابِرٍ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ وَأُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عَلِيٍّ أَحْسَنُ شَيْءٍ فِي هَذَا الْبَابِ وَأَصَحُّ لِأَنَّهُ قَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ عَلِيٍّ رِضْوَانُ اللَّهِ عَلَيْهِ وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ عَامَّةِ أَهْلِ الْعِلْمِ أَنَّ الْوُضُوءَ يُجْزِئُ مَرَّةً مَرَّةً وَمَرَّتَيْنِ أَفْضَلُ وَأَفْضَلُهُ ثَلَاثٌ وَلَيْسَ بَعْدَهُ شَيْءٌ و قَالَ ابْنُ الْمُبَارَكِ لَا آمَنُ إِذَا زَادَ فِي الْوُضُوءِ عَلَى الثَّلَاثِ أَنْ يَأْثَمَ و قَالَ أَحْمَدُ وَإِسْحَقُ لَا يَزِيدُ عَلَى الثَّلَاثِ إِلَّا رَجُلٌ مُبْتَلًى.

Terjemahan

Muhammad bin Bashshar telah meriwayatkan kepada kami, ‘Abd al-Rahman bin Mahdi, daripada Sufyan, daripada Abu Ishaq, daripada Abu Hayyah, daripada ‘Ali, katanya: “Bahawa Nabi SAW berwuduk (dengan) tiga kali, tiga kali (basuhan pada setiap anggota).”

Abu ‘Isa berkata, hadith berkaitan bab ini turut diriwayatkan daripada ‘Uthman RA, ‘Aishah RA, al-Rubay‘ RA, Ibn ‘Umar RA, Abu Umamah RA, Abu Rafi‘ RA, ‘Abdullah bin ‘Amr RA, Mu‘awiyah RA, Abu Hurairah RA, ‘Abdullah bin Zayd RA, dan Ubay bin Ka‘b. Abu ‘Isa berkata, hadith ‘Ali RA paling baik dalam bab ini dan lebih sahih kerana ia turut diriwayatkan dengan jalur yang lain, daripada ‘Ali RA serta ia diamalkan oleh kebanyakan ahli ilmu, bahawa berwuduk dibolehkan dengan membasuh sekali, dan memasuh dua kali lebih utama. Manakala membasuh tiga kali adalah paling afdal dan tiada bilangan lagi selepasnya. Ibn al-Mubarak berkata: Aku tidak jamin apabila seseorang itu melebihkan wuduk daripada tiga kali, bahawa dia akan berdosa. Ahmad dan Ishaq berkata: Tidaklah seseorang berwuduk melebihi tiga kali pada setiap anggota wuduk melainkan dia adalah orang yang tidak siuman.


Pengajaran

1. Para ulama’ mazhab Syafi‘i berhujah dengan hadith ini bahawa kepala disapu sebanyak tiga kali, berdasarkan hadith “Nabi SAW berwuduk tiga kali (pada setiap anggota wuduk)”. Namun, terdapat riwayat lain yang menyebutkan bahawa menyapu kepala hanyalah sekali sahaja, tetapi meliputi seluruh bahagian kepala.

Hits: 396

Carian Hadith