Tidak perlu berwudhu ’ jika menyentuh kemaluan

Perawi : Qais bin Talq bin ‘Ali al-Hanafi RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Wudhu

No. Hadith : 85

Status :

Matan Hadith

 

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا مُلاَزِمُ بْنُ عَمْرٍو، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بَدْرٍ، عَنْ قَيْسِ بْنِ طَلْقِ بْنِ عَلِيٍّ، هُوَ الْحَنَفِيُّ عَنْ أَبِيهِ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ وَهَلْ هُوَ إِلاَّ مُضْغَةٌ مِنْهُ أَوْ بَضْعَةٌ مِنْهُ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَقَدْ رُوِيَ عَنْ غَيْرِ وَاحِدٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَبَعْضِ التَّابِعِينَ أَنَّهُمْ لَمْ يَرَوُا الْوُضُوءَ مِنْ مَسِّ الذَّكَرِ وَهُوَ قَوْلُ أَهْلِ الْكُوفَةِ وَابْنِ الْمُبَارَكِ ‏.‏ وَهَذَا الْحَدِيثُ أَحْسَنُ شَيْءٍ رُوِيَ فِي هَذَا الْبَابِ ‏.‏ وَقَدْ رَوَى هَذَا الْحَدِيثَ أَيُّوبُ بْنُ عُتْبَةَ وَمُحَمَّدُ بْنُ جَابِرٍ عَنْ قَيْسِ بْنِ طَلْقٍ عَنْ أَبِيهِ ‏.‏ وَقَدْ تَكَلَّمَ بَعْضُ أَهْلِ الْحَدِيثِ فِي مُحَمَّدِ بْنِ جَابِرٍ وَأَيُّوبَ بْنِ عُتْبَةَ ‏.‏ وَحَدِيثُ مُلاَزِمِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بَدْرٍ أَصَحُّ وَأَحْسَنُ ‏.

 

 

 

Terjemahan

Hannad telah menceritakan kepada kami, Mulazim bin ‘Amru, daripada Abdullah bin Badr, daripada Qais bin Talq bin ‘Ali al-Hanafi daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda: Tidakkah kemaluan itu melainkan seketul daging daripadanya? Atau sepotong daging daripadanya?

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Abu Usamah. ulama’ Kufah dan Ibn al-Mubarak. Hadith ini merupakan hadith yang paling baik diriwayatkan dalam bab ini.

Ayub bin ‘Utbah dan Muhammad bin Jabir telah meriwayatkan hadith ini daripada Qais bin Talq daripada bapanya. Sebahagian ulama’ hadith mempertikaikan Muhammad bin Jabir dan Ayub bin ‘Utbah. Hadith Mulazim bin ‘Amru daripada ‘Abdullah bin Badr adalah yang lebih sahih dan hasan.


Pengajaran

Faedah dan Pengajaran Hadith:

1. Hadith ini menegaskan bahawa tidak perlu berwudhu’ selepas menyentuh kemaluan tanpa alas.

2. Sebahagian ulama’ menyatakan hadith riwayat Talq telah dinasakhkan (dibatalkan), kerana beliau datang bertemu Rasulullah SAW ketika masjid Nabi SAW sedang dibina. Sedangkan Busrah yang meriwayatkan hadith mengenai batalnya wudhu’ apabila menyentuh kemaluan masuk Islam pada tahun pembukaan Mekah.

Hits: 353

Carian Hadith