Bersugi

Perawi : Zaid bin Khalid al-Juhani RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Bersugi

No. Hadith : 23

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا عَبْدَةُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَقَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ وَلَأَخَّرْتُ صَلَاةَ الْعِشَاءِ إِلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ. قَالَ: فَكَانَ زَيْدُ بْنُ خَالِدٍ يَشْهَدُ الصَّلَوَاتِ فِي الْمَسْجِدِ وَسِوَاكُهُ عَلَى أُذُنِهِ مَوْضِعَ الْقَلَمِ مِنْ أُذُنِ الْكَاتِبِ، لَا يَقُومُ إِلَى الصَّلَاةِ إِلَّا أُسْتَنَّ ثُمَّ رَدَّهُ إِلَى مَوْضِعِهِ. قَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.

Terjemahan

Hannad telah menceritakan kepada kami, ‘Abdah bin Sulaiman telah menceritakan kepada kami daripada Muhammad bin Ishaq, daripada Muhammad bin Ibrahim, daripada Abu Salamah, daripada Zaid bin Khalid al-Juhani berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jika bukan kerana memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka bersugi setiap kali solat dan aku akhirkan solat Isyak sehingga sepertiga malam. Abu Salamah berkata: Zaid bin Khalid sentiasa mengerjakan solat di masjid sedang kayu suginya berada di telinganya seperti pen di telinga penulis. Beliau tidak akan mendirikan solat melainkan bersugi kemudian meletakkan ke tempatnya semula. Abu ‘Isa berkata: hadith ini adalah hasan sahih.


Pengajaran

1.   Waktu afdhal solat Isyak adalah pada awal waktu, namun jika ada halangan tertentu maka dibenarkan untuk melewatkannya sehingga sepertiga malam.

 

2.   Rasulullah amat menitik beratkan amalan kebersihan dalam kehidupan seharian.

 

3.   Mulut yang berbau dikhuatiri menganggu jemaah menjadi punca tidak khusyuk dalam solat.

 

Hits: 455

Carian Hadith