Hukum-hukum lain berkaitan Air

Perawi : Abdullah bin Umar RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Hukum-hukum lain berkaitan Air

No. Hadith : 67

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا عَبْدَةُ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جَعْفَرِ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ يُسْأَلُ عَنِ الْمَاءِ يَكُونُ فِي الْفَلاَةِ مِنَ الأَرْضِ وَمَا يَنُوبُهُ مِنَ السِّبَاعِ وَالدَّوَابِّ قَالَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏إِذَا كَانَ الْمَاءُ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلِ الْخَبَثَ‏"‏.‏

 

قَالَ عَبْدَةُ قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ الْقُلَّةُ هِيَ الْجِرَارُ وَالْقُلَّةُ الَّتِي يُسْتَقَى فِيهَا‏.‏

 

قَالَ أَبُو عِيسَى وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ وَأَحْمَدَ وَإِسْحَاقَ قَالُوا إِذَا كَانَ الْمَاءُ قُلَّتَيْنِ لَمْ يُنَجِّسْهُ شَيْءٌ مَا لَمْ يَتَغَيَّرْ رِيحُهُ أَوْ طَعْمُهُ وَقَالُوا يَكُونُ نَحْوًا مِنْ خَمْسِ قِرَبٍ.‏

 

Terjemahan

Hannad menceritakan kepada kami, ‘Abdah menceritakan kepada kami, daripada Muhammad bin Ishaq, daripada Muhammad bin Ja‘far bin al-Zubayr, daripada Ubayd Allah bin ‘Abdillah bin ‘Umar, daripada Ibn ‘Umar katanya: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW ditanya tentang air di kawasan tanah lapang dan diminum oleh binatang buas dan binatang jinak. Ibn ‘Umar berkata: Rasulullah menjawab: “Apabila airnya cukup dua kolah ia tidak menjadi najis.”

 

Abdah berkata: Muhammad bin Ishaq berkata; “al-Qullah adalah beberapa bekas air besar, dan ia digunakan untuk minum.”

 

Abu ‘Isa berkata: “Pendapat ini merupakan pendapat Imam Syafi‘i, Ahmad, dan Ishaq. Mereka menyatakan: “Apabila air itu mencapai dua kolah maka tidak ada sesuatu yang menjadikannya najis, iaitu selagi bau atau rasanya tidak berubah, dan mereka menyatakan: “Kadar airnya sebanyak lima Qirbah (kendi).”


Pengajaran

1. Apabila air mencapai dua kolah atau lebih, maka ia tidak menjadi najis walaupun dimasuki oleh binatang buas dan binatang-binatang yang lain.

2. Sebahagian ulama berhujah dengan hadith ini bahawa apabila air terkena najis dan kurang daripada dua kolah maka ia menjadi najis walaupun tidak berubah salah satu sifatnya.

3. Kadar air dua kolah bersamaan 216 liter atau 7.67 kaki padu.

4. Sebahagian ulama memahami hadith ini bahawa binatang buas itu adalah najis kerana para sahabat bertanya tentang air yang selalu dimasuki oleh binatang buas. Majoriti ulama berpendapat bekas atau sisa minuman dan makanan binatang buas tidak najis.

Hits: 1277

Carian Hadith