Mandi Junub

Perawi : Ibnu Abbas RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Mandi Junub

No. Hadith : 103

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ قَالَ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ الأَعْمَشِ، عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبيِ الجَعْدِ،عَنْ كُرَيْبٍ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنْ خَالَتِهِ مَيْمُونَةَ، قَالَتْ: وَضَعْتُ للِنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غُسْلاً, فَاغْتَسَلَ مِنَ الجَنَابَةِ، فَأَكْفَأَ الإِنَاءَ بِشِمَالِهِ عَلَى يَمِينِهِ، فَغَسَلَ كَفَّيْهِ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فِي الإِنَاءِ فَأَفَاضَ عَلَى فَرْجِهِ، ثُمَّ دَلَكَ بِيَدِهِ الحَائِطَ، أَوِ الأَرْضَ، ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ، وَغَسَلَ وَجْهَهُ وَذِرَاعَيْهِ، ثُمَّ أَفَاضَ عَلَى رَأْسِهِ ثَلاَثًا، ثُمَّ أَفَاضَ عَلَى سَائِرِ جَسَدِه،ِ ثُمَّ تَنَحَّى فَغَسَلَ رِجْلَيْهِ ، هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ، وَفِي البَابِ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، وَجَابٍ، وَأَبيِ سَعِيدٍ، وَجُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ، وَأَبيِ هُرَيْرَةَ.

Terjemahan

Daripada Ibn ‘Abbas daripada ibu saudaranya, Maimunah katanya: Aku meletakkan air mandi untuk Nabi SAW, lalu baginda mandi junub. Maka,Nabi SAW memiringkan bekas air yang berada di tangan kirinya ke atas tangan kanannya, lalu baginda mencuci kedua-dua tangannya. Kemudian Nabi SAW memasukkan tangannya ke dalam bekas air dan mencurahkan air ke kemaluannya, kemudian, Nabi SAW menggosokkan tangannya ke dinding atau ke tanah. Kemudian baginda berkumur-kumur, memasukkan air ke hidung, membasuh muka dan kedua-dua tangannya. Kemudian menuang air ke atas kepalanya tiga kali, setelah itu Nabi SAW menyiram seluruh tubuhnya, kemudian bergerak (berpindah tempat), lalu membasuh kedua-dua kakinya.

Hadith ini adalah hadith hasan lagi sahih.

 Pada bab ini terdapat riwayat daripada Ummu Salamah, Jabir, Abu Sa‘id,Jubair bin Mut‘im dan Abu Hurairah.


Pengajaran

1. Hadith ini menerangkan cara Nabi SAW mandi junub.
2. Nabi SAW memulakan mandi dengan membasuh kedua-dua tangan dan menyucikan kemaluannya. Kemudian Nabi SAW berkumurkumur, memasukkan air ke hidung, membasuh muka dan kedua-dua tangannya, diikuti dengan menuang air ke atas kepala tiga kali dan menyiram seluruh tubuh.
3. Nabi mengakhiri mandi dengan membasuh kedua-dua kaki setelah berpindah tempat.
4. Sunnah membasuh tangan selepas menyucikan kemaluan.
5. Sunnah mencurahkan air ke atas kepala sebanyak tiga kali ketika mandi

Hits: 738

Carian Hadith