Air Tidak Dinajiskan oleh Sesuatu

Perawi : Abu Sa’id Al-Khudri RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Air Tidak Dinajiskan oleh Sesuatu

No. Hadith : 66

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، وَالْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْخَلاَّلُ، وَغَيْرُ، وَاحِدٍ، قَالُوا حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، عَنِ الْوَلِيدِ بْنِ كَثِيرٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ كَعْبٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ رَافِعِ بْنِ خَدِيجٍ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، قَالَ: قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَلُحُومُ الْكِلاَبِ وَالنَّتْنُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏ "‏إِنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ لاَ يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ"‏.‏

 

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ.‏ وَقَدْ جَوَّدَ أَبُو أُسَامَةَ هَذَا الْحَدِيثَ فَلَمْ يَرْوِ أَحَدٌ حَدِيثَ أَبِي سَعِيدٍ فِي بِئْرِ بُضَاعَةَ أَحْسَنَ مِمَّا رَوَى أَبُو أُسَامَةَ.‏ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ.‏

 

وَفِي الْبَابِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ وَعَائِشَةَ ‏.‏

 

Terjemahan

Hannad, al-Hasan bin ‘Ali al-Khallal, dan lebih daripada seorang perawi menceritakan kepada kami, mereka berkata, Abu Usamah menceritakan kepada kami, daripada al-Walid bin Kathir, daripada Muhammad bin Ka‘b, daripada ‘Ubayd Allah bin 'Abdillah bin Rafi‘ bin Khadij, daripada Abu Sa‘id al-Khudri katanya: “Dikatakan: Wahai Rasulullah, apakah kami harus berwuduk dari telaga buda‘ah, iaitu telaga tempat dicampakkan ke dalamnya (kain-kain yang digunakan untuk membersihkan) darah haid, bangkai anjing dan benda-benda busuk? Maka Rasulullah menjawab: Sesungguhnya, air itu suci tidak dinajiskan oleh sesuatu.”

 

Abu ‘Isa berkata: Hadith ini hasan. Abu Usamah menyatakan hadith ini baik (sanad yang baik). Tiada seorang pun yang meriwayatkan hadith Abu Sa‘id mengenai telaga buda‘ah sebaik riwayat Abu Usamah. Hadith ini telah diriwayatkan daripada sanad lain daripada Abu Sa‘id.

 

Pada bab ini ada riwayat daripada Ibn ‘Abbas dan ‘Aisyah.


Pengajaran

1. Hadith ini menjadi hujah bagi sebahagian ulama bahawa air yang banyak tidak menjadi najis walaupun dimasuki oleh benda-benda yang najis seperti kain-kain yang digunakan untuk membersihkan darah haid, bangkai anjing dan benda-benda busuk.

2. Sebahagian ulama yang lain pula berpandangan bahawa air yang banyak tidak menjadi najis setelah dimasuki benda-benda yang najis kecuali mengubah sifat-sifat air iaitu bau, rasa dan warna.

Hits: 719

Carian Hadith