Berwuduk Dengan Membasuh Dua Kali (Setiap Anggota)

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Berwuduk Dengan Membasuh Dua Kali (Setiap Anggota)

No. Hadith : 43

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ قَالَا حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ حُبَابٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ ثَابِتِ بْنِ ثَوْبَانَ قَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْفَضْلِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ هُرْمُزَ هُوَ الْأَعْرَجُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ. قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ جَابِرٍ. قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ ابْنِ ثَوْبَانَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْفَضْلِ وَهُوَ إِسْنَادٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. قَالَ أَبُو عِيسَى وَقَدْ رَوَى هَمَّامٌ عَنْ عَامِرٍ الْأَحْوَلِ عَنْ عَطَاءٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ ثَلَاثًا ثَلَاثً.

Terjemahan

Abu Kurayb dan Muhammad bin Rafi‘ telah meriwayatkan kepada kami, kata mereka: Zayd bin Hubab telah meriwayatkan kepada kami, daripada ‘Abd al-Rahman bin Thabit bin Thawban, katanya: ‘Abdullah bin al-Fadhl telah meriwayatkan kepadaku, daripada ‘Abd al-Rahman bin Hurmuz iaitu al-A‘raj, daripada Abu Hurairah RA, katanya: “Bahawa Nabi SAW berwuduk (dengan) dua kali, dua kali (basuhan bagi setiap anggota wuduk).”

Abu ‘Isa berkata, hadith berkaitan bab ini turut diriwayatkan daripada Jabir RA. Abu ‘Isa menambah, hadith ini adalah hasan gharib, kami tidak mengetahui (jalur)nya kecuali daripada hadith Ibn Thawban, daripada ‘Abdullah bin al-Fadhl dan sanadnya itu adalah hasan sahih. Abu ‘Isa berkata lagi, bahawa Hammam telah meriwayatkan daripada ‘Amir al-Ahwal, daripada ‘Ata’, daripada Abu Hurairah RA, katanya: “Bahawa Nabi SAW berwuduk tiga kali, tiga kali.”


Pengajaran

1. Rasulullah SAW pernah berwuduk satu kali, dua kali dan tiga kali (pada setiap anggota wuduk).

Hits: 384

Carian Hadith