Kelonggaran dalam Menggunakan Air Lebihan Wanita

Perawi : Abdullah bin Abbas RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Kelonggaran Dalam Menggunakan Air Lebihan Wanita

No. Hadith : 65

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، حَدَّثَنَا أَبُو الأَحْوَصِ، عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: اغْتَسَلَ بَعْضُ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي جَفْنَةٍ فَأَرَادَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ يَتَوَضَّأَ مِنْهُ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي كُنْتُ جُنُبًا ‏.‏ فَقَالَ ‏ "‏إِنَّ الْمَاءَ لاَ يُجْنِبُ‏"‏.‏

 

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.‏ وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَمَالِكٍ وَالشَّافِعِيِّ ‏.‏

 

Terjemahan

Qutaybah menceritakan kepada kami, Abu Al-Ahwas menceritakan kepada kami, daripada Simak bin Harb, daripada ‘Ikrimah, daripada Ibn ‘Abbas berkata: Sebahagian isteri Nabi SAW telah mandi pada bekas air yang besar, dan Rasulullah SAW hendak berwuduk dengan air tersebut, maka isterinya berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah mandi," Nabi SAW menjawab: "Sesungguhnya, air itu tidak menjadikan seseorang itu berjunub."

 

Abu ‘Isa berkata: hadith ini hasan lagi sahih. Pendapat ini merupakan pendapat Sufyan ath-Thauri, Malik dan asy-Syafi‘i.

 


Pengajaran

1. Menggunakan lebihan air yang telah digunakan oleh isteri adalah harus berdasarkan hadith ini.

2. Keharusan menggunakan air lebihan isteri adalah berdasarkan sabda Nabi SAW bahawa air tidak berubah status sucinya.

3. Larangan di dalam hadith sebelum ini adalah menggunakan air yang telah terkena anggota badan isteri.

4. Sebahagian ulama berhujjah dengan hadith ini bahawa air sedikit ataupun banyak jika terkena najis, masih suci kecuali apabila berubah salah satu sifat, warna, bau atau rasanya.

Hits: 387

Carian Hadith