Mandi Junub

Perawi : Aisyah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Mandi Junub

No. Hadith : 104

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا ابْنُ أَبيِ عُمَرَ قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبيِهِ،عَنْ عَائِشَةً، قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إٍذَا أَرَادَ أَنْ يَغْتَسِلَ مِنَ الجَنَابَةِ: بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ قَبْلَ أَنْ يُدْخِلَهُمَا الإِنَاءَ، ثُمَّ غَسَلَ فَرْجَهُ، وَيَتَوَضَّأُ وُضُوءَهُ للِصَّ ةَالِ، ثُمَّ يُشَرِّبُ شَعْرَهُ المَاءَ، ثُمَّ يَحْثيِ عَلَى رَأْسِهِ ثَ ثَالَ حَثَيَاتٍ ،هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَهُوَ الَّذِي اخْتَارَهُ أَهْلُ العِلْمِ فِي الغُسْلِ مِنَ الجَنَابَةِ، أَنَّهُ يَتَوَضَّأُ وُضُوءَهُ للِصَّ ةَالِ، ثُمَّ يُفْرِغُ عَلَى رَأْسِهِ ثَ ثَالَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ يُفِيضُ المَاءَ عَلَى سَائِرِ جَسَدِهِ، ثُمَّ يَغْسِلُ قَدَمَيْهِ، وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهْلِ العِلْمِ، وَقَالُوا:إِنْ انْغَمَسَ الجُنُبُ فِي المَاءِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ أَجْزَأَهُ، وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ، وَأَحْمَدَ، وَإِسْحَاقَ

Terjemahan

Daripada ‘Aisyah berkata: Rasulullah SAW apabila hendak mandi junub, baginda memulakan dengan mencuci kedua-dua tangannya sebelum mencelupkan kedua-duanya ke dalam bekas air. Kemudian, Rasulullah SAW membersihkan kemaluannya dan berwudhu’ seperti wudhu’ untuk solat. Kemudian mencurahkan air ke atas rambutnya dan meraupkan air ke atas kepalanya tiga kali.

Abu ‘Isa berkata: Hadith ini adalah hadith hasan sahih.

Hadith inilah yang dipilih oleh para ulama’ dalam perkara mandi junub.Rasulullah SAW memulakan dengan berwudhu’ seperti wudhu’ untuk solat, menuangkan air ke atas kepalanya tiga kali, meratakan air ke atas seluruh tubuhnya dan diakhiri dengan mencuci kedua-dua kakinya.

Inilah amalan yang diamalkan oleh para ulama’ ketika mandi. Mereka berpendapat juga, memadai mandi junub dengan menyelam sekalipun tidak berwudhu’. Pendapat ini merupakan pendapat asy-Syafi‘i, Ahmad dan Ishaq


Pengajaran

1. Hadith ini menerangkan cara lain untuk mandi junub.
2. Rasulullah SAW memulakan dengan mencuci kedua tangannya sebelum mencelupkan keduanya ke dalam bekas air. Kemudian Rasulullah SAW membersihkan kemaluannya dan berwudhu’ seperti wudhu’ untuk solat. Kemudian mencurahkan air ke atas rambutnya dan meraupkan air keatas kepalanya tiga kali.
3. Hadith ini menunjukkan Rasulullah SAW mandi junub dan berwudhu’secara muwalat (berterusan).
4. Sesetengah ulama’ menganggap mandi sahaja tidak mencukupi tanpa berwudhu’ kerana Nabi SAW berwudhu’ semasa mandi. Pendapat yang tepat ialah mandi sahaja tanpa berwudhu’ telah memadai berdasarkan umum firman Allah yang bermaksud “Jika kamu dalam keadaan junub, maka bersucilah.” Begitu juga Nabi SAW bersabda kepada seorang lelaki
“Ambillah air ini dan siramlah atas kamu”. Dalam hadith ini Nabi SAWtidak menjelaskan sifat dan cara mandi kepada lelaki tersebut.
5. Sesetengah ulama’ beranggapan menyedut air ke hidung dan berkumurkumur adalah wajib ketika mandi. Namun ulama’ yang lain pula menganggap ia tidak wajib kerana kedua-dua perbuatan tersebut khusus bagi wudhu’. Ulama’ yang mewajibkannya berhujah bahawa mulut dan hidung termasuk di bawah kategori tubuh badan yang patut dibersihkan.
6. Tiga hasayat yang dimaksudkan dalam hadith ialah meratakan air ke kepala. Dalam riwayat lain menyebutkan bahawa Nabi SAW menuangkan air kepada bahagian kanan kepala kemudian mengambil air dan meratakan kepada bahagian kiri kepala dan ketiganya pada bahagian tengah kepala.

Hits: 3108

Carian Hadith