Berwuduk Sekali-Sekali (Bagi setiap basuhan anggota wuduk)

Perawi : Abdullah bin Abbas RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Berwuduk Sekali-Sekali (Bagi setiap basuhan anggota wuduk)

No. Hadith : 42

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ وَهَنَّادٌ وَقُتَيْبَةُ قَالُوا حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ سُفْيَانَ ح قَالَ و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ مَرَّةً مَرَّةً. قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ عُمَرَ وَجَابِرٍ وَبُرَيْدَةَ وَأبِي رَافِعٍ وَابْنِ الْفَاكِهِ. قَالَ أَبُو عِيسَى وَحَدِيثُ ابْنِ عَبَّاسٍ أَحْسَنُ شَيْءٍ فِي هَذَا الْبَابِ وَأَصَحُّ. وَرَوَى رِشْدِينُ بْنُ سَعْدٍ وَغَيْرُهُ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ الضَّحَّاكِ بْنِ شُرَحْبِيلَ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ مَرَّةً مَرَّةً. قَالَ وَلَيْسَ هَذَا بِشَيْءٍ وَالصَّحِيحُ مَا رَوَى ابْنُ عَجْلَانَ وَهِشَامُ بْنُ سَعْدٍ وَسُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ وَعَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Terjemahan

Abu Kurayb, Hannad, dan Qutaybah telah meriwayatkan kepada kami, kata mereka: Waki‘ telah meriwayatkan daripada Sufyan (ح) Muhammad bin Bashshar telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Sa‘id telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan telah meriwayatkan kepada kami daripada Zayd bin Aslam, daripada ‘Ata’ bin Yasar, daripada Ibn ‘Abbas, katanya: “Bahawa Nabi SAW berwuduk sekali-sekali (bagi setiap basuhan anggota wudu’).”

Abu ‘Isa berkeata: Hadith berkaitan bab ini turut diriwayatkan daripada Umar RA, Jabir RA, Buraydah RA, Abi Rafi‘ RA, dan Ibn al-Fakih. Abu ‘Isa menambah, hadith Ibn Abbas adalah paling hasan dalam bab ini dan paling sahih. Rishdin bin Sa‘d dan selainnya meriwayatkan hadith ini daripada al-Dahhak bin Shurahbil, daripada Zayd bin Aslam, daripada bapanya, daripada Umar bin al-Khattab RA, bahawa Nabi SAW berwuduk sekali-sekali (basuhan pada setiap anggota). Komen beliau, riwayat ini kurang nilainya, riwayat yang sahih adalah apa yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Ajlan, Hisham bin Sa‘d, Sufyan al-Thawri, dan ‘Abd al-‘Aziz bin Muhammad, daripada Zayd bin Aslam, daripada ‘Ata’ bin Yasar, daripada Ibn Abbas, daripada Nabi SAW.


Pengajaran

1. Meratakan air pada anggota wuduk wajib hanya sekali sahaja. Manakala, yang lebih dari sekali dikira sebagai sunat.

Hits: 447

Carian Hadith