Tegahan Bersuci dengan Air Lebihan yang telah Dipakai Bersuci oleh Wanita

Perawi :

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Tegahan Bersuci dengan Air Lebihan yang telah Dipakai Bersuci oleh Wanita

No. Hadith : 64

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، وَمَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ، قَالاَ حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ، عَنْ شُعْبَةَ، عَنْ عَاصِمٍ، قَالَ سَمِعْتُ أَبَا حَاجِبٍ، يُحَدِّثُ عَنِ الْحَكَمِ بْنِ عَمْرٍو الْغِفَارِيِّ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم نَهَى أَنْ يَتَوَضَّأَ الرَّجُلُ بِفَضْلِ طَهُورِ الْمَرْأَةِ.‏ أَوْ قَالَ ‏ "‏بِسُؤْرِهَا"‏.‏

 

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ.‏ وَأَبُو حَاجِبٍ اسْمُهُ سَوَادَةُ بْنُ عَاصِمٍ.‏ وَقَالَ مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ فِي حَدِيثِهِ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ يَتَوَضَّأَ الرَّجُلُ بِفَضْلِ طَهُورِ الْمَرْأَةِ.‏ وَلَمْ يَشُكَّ فِيهِ مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ.‏

 

Terjemahan

Muhammad bin Bashshar dan Mahmud bin Ghaylan menceritakan kepada kami, mereka berdua berkata: Abu Dawud menceritakan kepada kami, daripada Shu‘bah, daripada ‘Asim, katanya, saya mendengar Abu Hajib menceritakan daripada al-Hakam bin ‘Amr al-Ghifari bahawa Nabi SAW melarang seorang lelaki berwuduk dengan lebihan air wanita untuk bersuci, atau lebihan air minumannya.

 

Abu ‘Isa berkata: hadith ini hasan. Nama Abu Hajib ialah Sawadah bin ‘Asim. Muhammad bin Bashshar berkata dalam hadithnya Rasulullah SAW menegah seorang suami berwuduk dengan air lebihan yang telah digunakan isteri untuk bersuci. Muhammad bin Bashshar tidak merasa ragu dengan apa yang diriwayatkannya.


Pengajaran

1. Hadith ini menguatkan lagi maksud hadith sebelum ini.

 

2. Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa larangan ini khusus bagi wanita sahaja. Namun, terdapat beberapa riwayat yang mengaitkan hukum tersebut kepada kedua-dua jantina iaitu lelaki dan wanita.

Hits: 358

Carian Hadith