Tegahan Bersuci dengan Air Lebihan yang telah Dipakai Bersuci oleh Wanita

Perawi : Seorang lelaki dari Bani Ghiffar

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Tegahan Bersuci dengan Air Lebihan yang telah Dipakai Bersuci oleh Wanita

No. Hadith : 63

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ، قَالَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ، عَنْ أَبِي حَاجِبٍ، عَنْ رَجُلٍ، مِنْ بَنِي غِفَارٍ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنْ فَضْلِ طَهُورِ الْمَرْأَةِ.‏

 

قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَرْجِسَ.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَكَرِهَ بَعْضُ الْفُقَهَاءِ الْوُضُوءَ بِفَضْلِ طَهُورِ الْمَرْأَةِ.‏ وَهُوَ قَوْلُ أَحْمَدَ وَإِسْحَاقَ كَرِهَا فَضْلَ طَهُورِهَا وَلَمْ يَرَيَا بِفَضْلِ سُؤْرِهَا بَأْسًا.‏

 

Terjemahan

Mahmud bin Ghaylan menceritakan kepada kami, Waki‘ menceritakan kepada kami, daripada Sufyan, daripada Sulayman al-Taymi, daripada Abu Hajib, daripada seorang lelaki dari Bani Ghiffar katanya: “Rasulullah SAW menegah daripada menggunakan air lebihan yang telah digunakan wanita untuk bersuci.”

 

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Abdullah bin Sarjis. Abu ‘Isa berkata: Sebahagian ulama’ fiqh melarang berwuduk dengan lebihan air yang telah diguna oleh wanita untuk bersuci. Itu adalah pandangan Ahmad dan Ishaq yang melarangnya dan tiada halangan untuk meminum lebihan minuman mereka.


Pengajaran

1. Hadith ini melarang lelaki menggunakan lebihan air yang telah digunakan wanita untuk bersuci.

 

2. Sebahagian ulama’ berhujah bahawa larangan menggunakan lebihan air yang telah digunakan wanita untuk bersuci adalah bersifat ta‘abbudi (ketaatan) dengan keyakinan bahawa hukum-hukum syariat itu mengandungi maslahat dan hikmah yang mungkin manusia tidak mengetahuinya.

Hits: 311

Carian Hadith