Bersugi

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Bersugi

No. Hadith : 22

Status :

Matan Hadith

 حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا عَبْدَةُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ. قَالَ أَبُو عِيسَى: وَقَدْ رَوَى هَذَا الْحَدِيثَ مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَقَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَحَدِيثُ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَزَيْدِ بْنِ خَالِدٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كِلَاهُمَا عِنْدِي صَحِيحٌ، لِأَنَّهُ قَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. هَذَا الْحَدِيثُ وَحَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ إِنَّمَا صَحَّ لِأَنَّهُ قَدْ رُوِيَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ. وَأَمَّا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْمَعِيلَ فَزَعَمَ أَنَّ حَدِيثَ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ أَصَحُّ. قَالَ أَبُو عِيسَى: وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ وَعَلِيٍّ وَعَائِشَةَ وَابْنِ عَبَّاسٍ وَحُذَيْفَةَ وَزَيْدِ بْنِ خَالِدٍ وَأَنَسٍ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو وَابْنِ عُمَرَ وَأُمِّ حَبِيبَةَ وَأَبِي أُمَامَةَ وَأَبِي أَيُّوبَ وَتَمَّامِ بْنِ عَبَّاسٍ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ حَنْظَلَةَ وَأُمِّ سَلَمَةَ وَوَاثِلَةَ بْنِ الْأَسْقَعِ وَأَبِي مُوسَى.

Terjemahan

Abu Kuraib telah menceritakan, ‘Abdah bin Sulaiman telah menceritakan daripada Muhammad bin ‘Amr, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Jika bukan kerana memberatkan umatku, nescaya aku perintahkan mereka bersugi pada setiap kali hendak mengerjakan solat. Abu ‘Isa berkata: Hadith ini telah diriwayatkan oleh Muhammad bin Ishaq daripada Muhammad bin Ibrahim, daripada Abu Salamah, daripada Zaid bin Khalid, daripada Nabi SAW. Hadith Abu Salamah daripada Abu Hurairah dan Zaid bin Khalid daripada Nabi SAW, kedua-duanya sahih menurut aku, kerana hadith ini telah diriwayatkan daripada sanad yang lain melalui Abu Hurairah daripada Nabi SAW. Hadith ini dan hadith Abu Hurairah menjadi sahih kerana telah diriwayatkan melalui sanad yang lain. Muhammad bin Ismail pula berpandangan bahawa hadith Abu Salamah daripada Zaid bin Khalid itu lebih sahih. Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Abu Bakr as- Siddiq, ‘Ali, ‘Aisyah, Ibn ‘Abbas, Huzaifah, Zaid bin Khalid, Anas, ‘Abdullah bin ‘Amr, Ibn ‘Umar, Ummu Habibah, Abu Umamah, Tammam bin ‘Abbas, ‘Abdullah bin Hanzalah, Ummu Salamah, Wathilah bin al-Ashqa’ dan Abu Musa.


Pengajaran

1.   Hadith ini menganjurkan amalan bersugi sebelum mengerjakan solat.

 

2.   Hadith ini menolak pandangan sesetengah ulama’ yang menyatakan bahawa bersugi adalah salah satu syarat sahnya solat.

Hits: 870

Carian Hadith