Berwudhu ’ Disebabkan Menyentuh Kemaluan

Perawi : Busrah binti Safwan

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Wudhu

No. Hadith : 82

Status :

Matan Hadith

 

 

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مَنْصُورٍ، قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ الْقَطَّانُ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، قَالَ أَخْبَرَنِي أَبِي، عَنْ بُسْرَةَ بِنْتِ صَفْوَانَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ مَنْ مَسَّ ذَكَرَهُ فَلاَ يُصَلِّ حَتَّى يَتَوَضَّأَ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ وَأَبِي أَيُّوبَ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَأَرْوَى ابْنَةِ أُنَيْسٍ وَعَائِشَةَ وَجَابِرٍ وَزَيْدِ بْنِ خَالِدٍ وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ قَالَ هَكَذَا رَوَاهُ غَيْرُ وَاحِدٍ مِثْلَ هَذَا عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ بُسْرَةَ ‏.‏

 

 

  

 

 

 

 

Terjemahan

 

82. Ishak bin Mansur telah menceritakan kepada kami, katanya Yahya bin Sa'id al-Qatthan daripada Hisyam bin Urwah, Bapaku telah mengkhabarkan kepadaku katanya, daripada Busrah binti Safwan bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang telah menyentuh kemaluannya, maka janganlah dia solat sehingga dia mengambil wudhu’. Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Ummu Habibah,Abu Ayub, Abu Hurairah, Arwa binti Unais, ‘Aisyah, Jabir, Zaid bin Khalid dan

 

‘Abdullah bin ‘Amru. Abu ‘Isa berkata: Hadith ini hadith hasan sahih. Abu ‘Isa berkata: Demikianlah ramai yang telah meriwayatkan seperti ini daripada Hisham bin

 

‘Urwah daripada bapanya daripada Busrah. Nabi Muhammad SAW berkata:

 

Hadith paling sahih pada bab ini ialah hadith Busrah.

 

 

 


Pengajaran

 

 

 

Faedah dan Pengajaran hadith:

 

1.Hadith ini menceritakan tentang wajib berwudhu’ bagi sesiapa  yang menyentuh kemaluan tanpa alas.

 

2. Apabila seseorang menyentuh kemaluannya dengan alas maka tidak wajib baginya berwudhu’.

3. Sebahagian ulama’ berpendapat sunat berwudhu’ apabila menyentuh kemaluan tanpa alas, berdasarkan hadith yang bermaksud “ia hanyalah sebahagian daripadamu

Hits: 366

Carian Hadith