Lelaki dan Perempuan Berwuduk daripada Satu Bekas Air

Perawi : Maymunah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Lelaki dan Perempuan Berwuduk daripada Satu Bekas Air

No. Hadith : 62

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ، عَنْ أَبِي الشَّعْثَاءِ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ حَدَّثَتْنِي مَيْمُونَةُ، قَالَتْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَرَسُولُ اللَّهِ، صلى الله عليه وسلم مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ مِنَ الْجَنَابَةِ"‏‏.‏

 

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَهُوَ قَوْلُ عَامَّةِ الْفُقَهَاءِ أَنْ لاَ بَأْسَ أَنْ يَغْتَسِلَ الرَّجُلُ وَالْمَرْأَةُ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ.‏

 

قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ عَلِيٍّ وَعَائِشَةَ وَأَنَسٍ وَأُمِّ هَانِئٍ وَأُمِّ صُبَيَّةَ الْجُهَنِيَّةِ وَأُمِّ سَلَمَةَ وَابْنِ عُمَرَ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَأَبُو الشَّعْثَاءِ اسْمُهُ جَابِرُ بْنُ زَيْدٍ ‏.‏

Terjemahan

Ibn Abi ‘Umar menceritakan kepada kami, Sufyan bin ‘Uyaynah menceritakan kepada kami, daripada ‘Amr bin Dinar, daripada Abu al-Sha‘tha’, daripada Ibn ‘Abbas katanya: Maimunah bercerita kepadaku, katanya: "Aku dan Rasulullah SAW pernah mandi junub daripada satu bekas air."

 

Abu ‘Isa berkata: hadith ini hasan lagi sahih. Majoriti ulama’ fiqh menyatakan bahawa tidak mengapa bagi lelaki dan perempuan mandi daripada satu bekas.

 

Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada ‘Ali, ‘Aisyah, Anas, Umm Hani’, Umm Subaiyah al-Juhaniyyah, Umm Salamah dan Ibn ‘Umar. Abu ‘Isa berkata: Nama Abu al-Sha‘tha’ ialah Jabir bin Zaid.


Pengajaran

1. Hadith Rasulullah SAW mandi dengan Maimunah menunjukkan keharusan mandi bersama-sama antara suami dan isteri.

 

2. Harus berkongsi air dalam satu bekas ketika mandi antara suami dan isteri.

Hits: 311

Carian Hadith