Binasa Tumit (yang tidak diratakan dengan air) Dengan Api Neraka

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Binasa Tumit (yang tidak diratakan dengan air) Dengan Api Neraka

No. Hadith : 41

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ. قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو وَعَائِشَةَ وَجَابِرٍ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ هُوَ ابْنُ جَزْءٍ الزُّبَيْدِيُّ وَمُعَيْقِيبٍ وَخَالِدِ بْنِ الْوَلِيدِ وَشُرَحْبِيلَ ابْنِ حَسَنَةَ وَعَمْرِو بْنِ الْعَاصِ وَيَزِيدَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ. قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ. وَقَدْ رُوِيَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ وَبُطُونِ الْأَقْدَامِ مِنْ النَّارِ. قَالَ وَفِقْهُ هَذَا الْحَدِيثِ أَنَّهُ لَا يَجُوزُ الْمَسْحُ عَلَى الْقَدَمَيْنِ إِذَا لَمْ يَكُنْ عَلَيْهِمَا خُفَّانِ أَوْ جَوْرَبَانِ.

Terjemahan

Qutaybah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Abd al-‘Aziz bin Muhammad telah meriwayatkan kepada kami, daripada Suhayl bin Abi Salih, daripada bapanya, daripada Abi Hurairah RA: Bahawa Nabi SAW telah bersabda: “Binasalah tumit-tumit (yang tidak diratakan air) dengan azab api neraka.”

Bab ini turut diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA, ‘Aishah RA, Jabir bin ‘Abdillah bin al-Harith bin Jaz’ al-Zubaydi RA, Mu‘ayqib RA,Khalid bin al-Walid RA, Shurahbil bin Hasanah RA, ‘Amr bin al-‘As RA, dan Yazid bin Abi Sufyan RA.

Abu ‘Isa berkata: Hadith Abu Hurairah RA adalah hadith yang hasan sahih. Telah diriwayatkan juga daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda: “Binasalah tumit-tumit dan tapak-tapak kaki (yang tidak diratakan air) dengan api neraka.” Beliau menambah: Kefahaman daripada hadith ini ialah tidak boleh menyapu kedua kaki apabila tidak memakai khuf atau stokin.


Pengajaran

1. Membasuh keseluruhan kaki hukumnya wajib termasuk bahagian tumit.

2. Hadith ini menjelaskan bahawa mereka yang memakai khuf dan stokin memadai menyapu bahagian atas kedua-duanya sahaja.

 

Hits: 1227

Carian Hadith