Hadith No. 1

Perawi : Abdullah bin Umar RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Solat Tidak Diterima Tanpa Bersuci

No. Hadith : 1

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَ: أَخْبَرَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ (ح) وحَدَّثَنَا هَنَّادٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَنْ إِسْرَائِيلَ، عَنْ سِمَاكٍ، عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: لاَ تُقْبَلُ صَلاَةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ وَلاَ صَدَقَةٌ مِنْ غُلُولٍ.
قَالَ هَنَّادٌ فِي حَدِيثِهِ: إِلاَّ بِطُهُورٍ.
هَذَا الْحَدِيثُ أَصَحُّ شَيْءٍ فِي هَذَا الْبَابِ وَأَحْسَنُ.
وَفِي الْبَابِ عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ، عَنْ أَبِيهِ، وَأَبِي هُرَيْرَةَ، وَأَنَسٍ.
وَأَبُو الْمَلِيحِ بْنُ أُسَامَةَ اسْمُهُ عَامِرٌ، وَيُقَالُ: زَيْدُ بْنُ أُسَامَةَ بْنِ عُمَيْرٍ الْهُذَلِيُّ.

Terjemahan

Qutaibah bin Said menceritakan kepada kami katanya Abu ‘Awanah mengkhabarkan kepada kami daripada Simak bin Harb ( daripada Hannad berkata Waki‘ daripada Israil daripada Simak daripada Mus’ab bin Sa’ad daripada  Daripada Ibn ‘Umar daripada Nabi SAW bersabda: Solat tidak diterima tanpa bersuci dan sedekah tidak diterima daripada sifat khianat. Hannad berkata dalam hadithnya (kecuali dengan wudhu’).

Abu ‘Isa berkata: Hadith ini adalah yang paling sahih dan hasan pada bab ini. Bab ini mengandungi riwayat daripada Abu al-Malih daripada bapanya, Abu Hurairah dan Anas. Nama Abu al-Malih bin Usamah ialah ‘Amir, dikenali juga sebagai Zaid bin Usamah bin ‘Umair al-Huzaliy.


Pengajaran

1. Syariat Islam amat mengambil berat tentang kesucian dan kebersihan individu Muslim sama ada dari segi fizikal ataupun rohani.

2. Islam menganjurkan untuk memelihara kebersihan badan dengan pensyariatan wudhu’, mandi dan sebagainya.

3. Seorang Muslim wajib menyempurnakan wudhu’nya sebagaimana yang dituntut oleh syara‘.

4. Wajib memelihara anggota badan daripada melakukan sebarang maksiat.

5. Dosa-dosa yang dihapuskan oleh wudhu’ ialah dosa-dosa kecil. Manakala dosa-dosa besar hanya dapat dihapuskan dengan taubat. sebagaimana riwayat yang menyatakan bahawa “sesungguhnya, antara solat dengan solat adalah penghapus dosa selama tidak mengerjakan dosa besar.”

6. Riwayat lain menjelaskan bahawa berkumur-kumur dapat menghapuskan dosa-dosa mulut dan istinsyar (memasukkan air ke hidung) dapat menghapuskan dosa-dosa hidung. Sebagaimana hadith ‘Abdullah asSanabihi menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang Mukmin berwudhu’ lalu dia berkumur-kumur nescaya keluarlah dosadosa dari mulutnya, apabila dia melakukan istinsyar, nescaya keluarlah dosa-dosa dari hidungnya, apabila dia membasuh mukanya nescaya keluarlah dosa-dosa dari mukanya sehingga keluar dari hujung keduadua matanya.” (Riwayat Malik dan an-Nasa’i).

Hits: 1472

Carian Hadith