Berwudhu ’ Apabila Makan Daging Unta

Perawi :

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Wudhu

No. Hadith : 81

Status :

Matan Hadith

 

حَدَّثَنَا هَنَّادٌ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الرَّازِيِّ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى، عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ، قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنِ الْوُضُوءِ مِنْ لُحُومِ الإِبِلِ فَقَالَ ‏"‏ تَوَضَّئُوا مِنْهَا ‏"‏ ‏.‏ وَسُئِلَ عَنِ الْوُضُوءِ مِنْ لُحُومِ الْغَنَمِ فَقَالَ ‏"‏ لاَ تَتَوَضَّئُوا مِنْهَا ‏"‏ ‏.‏ قَالَ وَفِي الْبَابِ عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ وَأُسَيْدِ بْنِ حُضَيْرٍ ‏.‏ قَالَ أَبُو عِيسَى وَقَدْ رَوَى الْحَجَّاجُ بْنُ أَرْطَاةَ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ أُسَيْدِ بْنِ حُضَيْرٍ ‏.‏ وَالصَّحِيحُ حَدِيثُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ ‏.‏ وَهُوَ قَوْلُ أَحْمَدَ وَإِسْحَاقَ ‏.‏ وَهُوَ قَوْلُ أَحْمَدَ وَإِسْحَاقَ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ بَعْضِ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنَ التَّابِعِينَ وَغَيْرِهِمْ أَنَّهُمْ لَمْ يَرَوُا الْوُضُوءَ مِنْ لُحُومِ الإِبِلِ وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَأَهْلِ الْكُوفَةِ ‏.

 

Terjemahan

 

81. Hannad telah menceritakan kepada kami, Abu Mu'awiyah telah menceritakan kepada kami daripada al-'A'masy daripada 'Abdullah bin 'Abdullah ar-Razi daripada Abdul Rahman bin Abu Laila daripada al-Bara’ bin ‘Azib berkata: Rasulullah SAW telah ditanya tentang berwudhu’ apabila memakan daging unta, maka sabdanya: Berwudhu’lah kamu semua daripadanya, dan Rasulullah ditanya pula tentang berwudhu’ daripada memakan daging kambing, maka sabdanya: Janganlah kamu berwudhu’ daripadanya. Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada Jabir bin Samurah dan Usaid bi Hudair. Abu ‘Isa berkata: Al-Hajjaj bin Artah telah meriwayatkan hadith ini daripada ‘Abdullah bin ‘Abdullah daripada ‘Abd ar-Rahman bin Abu Laila daripada Usaid bin Hudair. Riwayat yang sahih ialah hadith ‘Abd ar-Rahman bin Abu Laila daripada al-Bara’ bin ‘Azib. Pendapat ini merupakan pendapat Ahmad dan Ishaq. ‘Ubaidah ad-Dabbi telah meriwayatkan daripada ‘Abdullah bin ‘Abdullah al-Razi daripada ‘Abd ar-Rahman bin Abu Laila daripada Zu al-Ghurrah al-Juhani. Hammad telah meriwayatkan hadith ini daripada al-Hajjaj bin Artoh dan beliau tersilap dalam menyebutkan sanadnya. Beliau menyebutkan daripada ‘Abdullah bin ‘Abd ar-Rahman bin Abu Laila daripada bapanya daripada Usaid bin Hudair. Riwayat yang sahih ialah daripada ‘Abdullah bin ‘Abdullah ar-Razi daripada ‘Abd ar-Rahman bin Abu Laila daripada al-Bara’ bin ‘Azib. Ishaq berkata: Pada bab ini terdapat dua hadith yang sahih daripada Rasulullah SAW iaitu hadith al-Bara’ dan hadith Jabir bin Samurah. Pendapat ini merupakan pendapat Ahmad dan Ishaq. Telah diriwayatkan daripada sebahagian ulama’ daripada Tabi‘in dan selainnya bahawa mereka beranggapan tidak perlu berwudhu’ selepas memakan daging unta. Pendapat ini merupakan pendapat Sufyan ath-Thauri dan ulama’ Kufah.

 


Pengajaran

 

Faedah dan Pengajaran hadith:

 

1. Hadith ini menjelaskan tentang batal wudhu’ apabila memakan daging unta, berbeza dengan memakan daging kambing atau selainnya yang tidak membatalkan wudhu’.

 

2. Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa perintah berwudhu’ selepas memakan daging unta ialah disebabkan lemaknya lebih banyak daripada daging kambing. Disebabkan lemak melemahkan manusia, maka diperintahkan berwudhu’ supaya badan menjadi cergas.

 

Hits: 614

Carian Hadith