Mengerjakan Beberapa Solat Dengan Satu Wuduk

Perawi : Buraydah RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Mandi

No. Hadith : 61

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ مَرْثَدٍ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَتَوَضَّأُ لِكُلِّ صَلاَةٍ فَلَمَّا كَانَ عَامُ الْفَتْحِ صَلَّى الصَّلَوَاتِ كُلَّهَا بِوُضُوءٍ وَاحِدٍ وَمَسَحَ عَلَى خُفَّيْهِ ‏.‏ فَقَالَ عُمَرُ إِنَّكَ فَعَلْتَ شَيْئًا لَمْ تَكُنْ فَعَلْتَهُ ‏.‏ قَالَ ‏"‏ عَمْدًا فَعَلْتُهُ ‏"‏.‏

 

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ ‏.‏ وَرَوَى هَذَا الْحَدِيثَ عَلِيُّ بْنُ قَادِمٍ عَنْ سُفْيَانَ الثَّوْرِيِّ وَزَادَ فِيهِ ‏"‏ تَوَضَّأَ مَرَّةً مَرَّةً ‏"‏.‏ قَالَ وَرَوَى سُفْيَانُ الثَّوْرِيُّ هَذَا الْحَدِيثَ أَيْضًا عَنْ مُحَارِبِ بْنِ دِثَارٍ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَتَوَضَّأُ لِكُلِّ صَلاَةٍ ‏.‏ وَرَوَاهُ وَكِيعٌ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ مُحَارِبِ بْنِ دِثَارٍ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ ‏.‏ قَالَ وَرَوَاهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ وَغَيْرُهُ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ مُحَارِبِ بْنِ دِثَارٍ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم مُرْسَلاً وَهَذَا أَصَحُّ مِنْ حَدِيثِ وَكِيعٍ‏.‏

 

وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ أَنَّهُ يُصَلِّي الصَّلَوَاتِ بِوُضُوءٍ وَاحِدٍ مَا لَمْ يُحْدِثْ وَكَانَ بَعْضُهُمْ يَتَوَضَّأُ لِكُلِّ صَلاَةٍ اسْتِحْبَابًا وَإِرَادَةَ الْفَضْلِ‏.‏ وَيُرْوَى عَنِ الإِفْرِيقِيِّ عَنْ أَبِي غُطَيْفٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏"‏مَنْ تَوَضَّأَ عَلَى طُهْرٍ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِهِ عَشْرَ حَسَنَاتٍ"‏‏.‏ وَهَذَا إِسْنَادٌ ضَعِيفٌ.‏

 

وَفِي الْبَابِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم صَلَّى الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ بِوُضُوءٍ وَاحِدٍ.‏

Terjemahan

Muhammad bin Bashshar menceritakan kepada kami, 'Abd al-Rahman bin Mahdi menceritakan kepada kami, daripada Sufyan, daripada ‘Alqamah bin Marthad, daripada Sulayman bin Buraydah daripada bapanya, katanya: “Nabi SAW berwuduk bagi setiap solat, dan pada tahun pembukaan kota Mekah, Nabi SAW mengerjakan semua solat dengan satu kali wuduk dan menyapu ke atas dua khufnya,” lalu ‘Umar berkata: “Sesungguhnya engkau telah perbuat sesuatu yang tidak engkau perbuat sebelumnya.” Nabi SAW menjawab: “Aku melakukannya dengan sengaja.”

 

Abu ‘Isa berkata: Hadith ini hasan lagi sahih. Hadith ini juga diriwayatkan oleh ‘Ali bin Qadim daripada Sufyan ath-Thauri dan beliau menambahnya pada matan: “Nabi SAW berwuduk sekali-sekali.” Abu ‘Isa berkata: Sufyan ath-Thauri juga telah meriwayatkan hadith ini daripada Muharib bin Dithar daripada Sulayman bin Buraydah: Nabi SAW berwuduk bagi setiap solat. Waki’ telah meriwayatkan daripada Sufyan daripada Muharib daripada Sulayman bin Buraydah daripada bapanya. Abu ‘Isa berkata: Abd ar-Rahman bin Mahdi dan selainnya telah meriwayatkan daripada Sufyan daripada Muharib bin Dithar daripada Sulayman bin Buraydah daripada Nabi SAW secara mursal (gugur Sahabat). Riwayat ini lebih sahih daripada hadith Waki’.

 

Amalan ulama terhadap hadith ini ialah mengerjakan beberapa solat dengan satu wuduk selama tidak berhadas. Sebahagian mereka berwuduk bagi setiap solat sebagai suatu amalan yang digalakkan dan mengharapkan kelebihan. Diriwayatkan daripada al-Ifriqiy daripada Abu Ghutayf daripada Ibn ‘Umar daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Sesiapa berwudhu’ dalam keadaan suci, nescaya Allah akan menuliskan baginya sepuluh kebaikan." Sanad ini dha‘if.

 

Pada bab ini terdapat riwayat daripada Jabir bin ‘Abdullah: Bahawa Nabi SAW mengerjakan solat Zuhur dan Asar dengan satu wudhu’.


Pengajaran

1. Hadith ini menunjukkan bahawa berwuduk bagi setiap solat adalah lebih utama berdasarkan amalan Nabi SAW.

2. Harus menunaikan beberapa solat dengan sekali wuduk berdasarkan peristiwa pembukaan kota Mekah (‘am al-fath) bahawa Nabi SAW berwuduk sekali untuk beberapa solat fardhu dan menyapu kedua-dua khufnya.

3. Setiap orang Islam seharusnya memiliki sikap suka bertanya sebagai mencontohi Saidina ‘Umar yang bertanya Rasulullah SAW apabila berlaku kelainan dengan apa yang biasa dilakukan sebelum ini.

Hits: 737

Carian Hadith