Larangan Membuang Air Kecil di Tempat Mandi

Perawi : Abdullah bin Mughaffal RA

Koleksi : Sunan At-Tirmidzi

Kitab :1. كتاب الطهارة Kitab al-Taharah

Bab :Larangan Membuang Air Kecil di Tempat Mandi

No. Hadith : 21

Status :

Matan Hadith

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ وَأَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ مُوسَى مَرْدَوَيْهِ قَالَا أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ مَعْمَرٍ عَنْ أَشْعَثَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُغَفَّلٍ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يَبُولَ الرَّجُلُ فِي مُسْتَحَمِّهِ، وَقَالَ: إِنَّ عَامَّةَ الْوَسْوَاسِ مِنْهُ، قَالَ: وَفِي الْبَاب عَنْ رَجُلٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ مَرْفُوعًا إِلَّا مِنْ حَدِيثِ أَشْعَثَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ وَيُقَالُ لَهُ أَشْعَثُ الْأَعْمَى. وَقَدْ كَرِهَ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ الْبَوْلَ فِي الْمُغْتَسَلِ، وَقَالُوا: عَامَّةُ الْوَسْوَاسِ مِنْهُ. وَرَخَّصَ فِيهِ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ مِنْهُمْ ابْنُ سِيرِينَ وَقِيلَ لَهُ إِنَّهُ. يُقَالُ إِنَّ عَامَّةَ الْوَسْوَاسِ مِنْهُ، فَقَالَ: رَبُّنَا اللَّهُ لَا شَرِيكَ لَهُ. وَقَالَ ابْنُ الْمُبَارَكِ: قَدْ وُسِّعَ فِي الْبَوْلِ فِي الْمُغْتَسَلِ إِذَا جَرَى فِيهِ الْمَاءُ. قَالَ أَبُو عِيسَى: حَدَّثَنَا بِذَلِكَ أَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ الْآمُلِيُّ عَنْ حِبَّانَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُبَارَكِ.

Terjemahan

‘Ali bin Hujr dan Ahmad bin Muhammad bin Musa Mardawaih telah menceritakan kepada kami, Abdullah bin al-Mubarak telah mengkhabarkan kepada kami daripada Ma’mar, daripada Asy’ath bin Abdullah, daripada al-Hasan, Daripada ‘Abdullah bin Mughaffal bahawa Nabi SAW telah menegah lelaki membuang air kecil di tempat mandi. Baginda bersabda: Sesungguhnya, kebanyakan was-was datang daripadanya (tempat mandi). Abu ‘Isa berkata: Pada bab ini terdapat riwayat daripada seorang lelaki daripada sahabat Nabi SAW Abu ‘Isa berkata: Hadith ini gharib, tiada hadith marfu‘ yang kami ketahui selain daripada hadith Ash‘ath bin ‘Abdullah dan beliau digelar dengan Ash‘ath al-A‘ma. Segolongan ulama’ telah melarang membuang air kecil di tempat mandi. Mereka berkata: Kebanyakan was-was datang daripadanya (tempat mandi). Setengah ulama’ antaranya Ibn Sirin mengharuskannya. Dikatakan kepadanya bahawa kebanyakan was-was datang daripadanya (tempat mandi), maka beliau berkata: Tuhan kami Allah tiada sekutu baginya. Ibn al-Mubarak berkata: Dibenarkan membuang air kecil di tempat mandi yang mengalir airnya. Abu ‘Isa berkata: Ahmad bin ‘Abdah al-Amuliyy telah menceritakan yang demikian itu kepada kami daripada Hibban daripada ‘Abdullah al-Mubarak.


Pengajaran

 

1.   Nabi SAW melarang membuang air kecil di tempat mandi kerana boleh menimbulkan perasaan was-was disebabkan kemungkinan wujudnya najis. Namun, jika air di tempat tersebut mengalir, maka ia dibenarkan.

 

2.   Perasaan was-was itu datangnya daripada syaitan dengan tujuan untuk merosakkan ibadah orang Islam.

Hits: 427

Carian Hadith