Keutamaan Menjaga Hubungan Kekeluargaan
Matan Hadith
Renungan Hadith Pilihan : Hubunglah Silaturahim Antara Keluarga.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: تَعَلَّمُوا مِنْ أَنْسَابِكُمْ مَا تَصِلُونَ بِهِ أَرْحَامَكُمْ فَإِنَّ صِلَةَ الرَّحِمِ مَحَبَّةٌ فِي الْأَهْلِ مَثْرَاةٌ فِي الْمَالِ مَنْسَأَةٌ فِي الْأَثَرِ.قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ.
رواه الترمذي وأحمد في مسنده والحاكم في المستدرك والطبراني في معجم الأوسط
Terjemahan
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: " Pelajarilah silsilah nasab kamu yang dengannya kamu dapat menyambung hubungan kekeluargaan kamu, maka sesungguhnya menyambung silaturahim (akan melahirkan) sebuah kecintaan dalam keluarga dan (sebab) banyaknya harta serta (sebab) diakhirkannya ajal seseorang." Abu Isa berkata: Ini merupakan hadith gharib melalui jalur ini. (Hadith riwayat At-Tirmizi: 1979, Ahmad : 8513, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak : 7366, At-Tabroni dalam Mu’jam Ausatd : 8304)
Pengajaran
"Air dicencang takkan putus"