Perkara-perkara yang membatalkan solat atau tidak, jika tak ada sutrah

Perawi : Abdullah bin Abi Aufa RA

Koleksi : Sunan An-Nasaie

Kitab :Masjid-masjid - كِتَابُ الْمَسَاجِدِ

Bab :Masjid

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

أَخْبَرَنَا أَبُو الْأَشْعَثِ قَالَ حَدَّثَنَا خَالِدٌ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ أَنَّ الْحَكَمَ أَخْبَرَهُ قَالَ سَمِعْتُ يَحْيَى بْنَ الْجَزَّارِ يُحَدِّثُ عَنْ صُهَيْبٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ يُحَدِّثُ أَنَّهُ مَرَّ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ وَغُلَامٌ مِنْ بَنِي هَاشِمٍ عَلَى حِمَارٍ بَيْنَ يَدَيْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يُصَلِّي فَنَزَلُوا وَدَخَلُوا مَعَهُ فَصَلَّوْا وَلَمْ يَنْصَرِفْ فَجَاءَتْ جَارِيَتَانِ تَسْعَيَانِ مِنْ بَنِي عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَأَخَذَتَا بِرُكْبَتَيْهِ فَفَرَعَ بَيْنَهُمَا وَلَمْ يَنْصَرِفْ

 

Terjemahan

Abu Asy'ath telah menceritakan kepada kami katanya; Khalid telah menceritakan kepada kami katanya ; telah menceritakan kepada kami Syu'bah bahawasanya Al-Hakim menceritakan kepadanya, katanya; aku mendengar Yahya bin Al Jazzar menceritakan daripada Shuhaib katanya; "Aku mendengar Ibnu Abbas menceritakan bahawa ia pernah lewat di depan Rasulullah SAWbersama anak kecil daripada Bani Hasyim dengan mengendarai seekor keledai. Dan Rasulullah SAWsaat itu sedang mengerjakan solat. Lalu mereka turun dan masuk bersamanya, kemudian solat dan beliau belum selesai. Kemudian datanglah dua anak perempuan daripada Bani Abdul Muththalib, lantas keduanya berpegangan kedua lututnya, maka beliau SAWmenghalangi keduanya dan beliau belum beranjak

Hits: 523

Carian Hadith