Perkara-perkara yang membatalkan solat atau tidak, jika tak ada sutrah

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan An-Nasaie

Kitab :Masjid-masjid - كِتَابُ الْمَسَاجِدِ

Bab :Masjid

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ قَالَ أَنْبَأَنَا يَزِيدُ قَالَ حَدَّثَنَا يُونُسُ عَنْ حُمَيْدِ بْنِ هِلَالٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الصَّامِتِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ أَحَدُكُمْ قَائِمًا يُصَلِّي فَإِنَّهُ يَسْتُرُهُ إِذَا كَانَ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلُ آخِرَةِ الرَّحْلِ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ بَيْنَ يَدَيْهِ مِثْلُ آخِرَةِ الرَّحْلِ فَإِنَّهُ يَقْطَعُ صَلَاتَهُ الْمَرْأَةُ وَالْحِمَارُ وَالْكَلْبُ الْأَسْوَدُ قُلْتُ مَا بَالُ الْأَسْوَدِ مِنْ الْأَصْفَرِ مِنْ الْأَحْمَرِ فَقَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا سَأَلْتَنِي فَقَالَ الْكَلْبُ الْأَسْوَدُ شَيْطَانٌ

 

Terjemahan

'Amr bin 'Ali telah menceritakan kepada kami katanya; Yazid telah memberitakan kepada kami katanya; Yunus telah menceritakan kepada kami daripada Humaid bin Hilal daripada Abdullah bin Ash-Shamit daripada Abu Dzarr katanya; Apabila salah seorang diantara kalian solat, hendaknya dia membuat pembatas di hadapannya seperti kayu yang dijadikan sandaran di belakang pelana. Kerana kalau tidak ada pembatasnya, solatnya akan terputus apabila lewat di hadapannya seorang perempuan, keledai dan anjing hitam. Lalu aku bertanya kepada Abu Dzar, kenapa yang berwarna hitam, bagaimana dengan warna kuning atau merah? Dia menjawab, "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah SAWsebagaimana yang anda tanyakan kepadaku, dan beliau SAWmenjawab; Anjing hitam adalah setan."

Hits: 346

Carian Hadith