Rukhsah duduk dan keluar masjid bukan untuk solat

Hadith Sahih

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan An-Nasaie

Kitab :Masjid-masjid - كِتَابُ الْمَسَاجِدِ

Bab :Rukhsah duduk dan keluar masjid bukan untuk solat

No. Hadith : 731

Status : Sahih

Matan Hadith

أَخْبَرَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنْ يُونُسَ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ وَأَخْبَرَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ كَعْبٍ قَالَ سَمِعْتُ كَعْبَ بْنَ مَالِكٍ يُحَدِّثُ حَدِيثَهُ حِينَ تَخَلَّفَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ قَالَ وَصَبَّحَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَادِمًا وَكَانَ إِذَا قَدِمَ مِنْ سَفَرٍ بَدَأَ بِالْمَسْجِدِ فَرَكَعَ فِيهِ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ جَلَسَ لِلنَّاسِ فَلَمَّا فَعَلَ ذَلِكَ جَاءَهُ الْمُخَلَّفُونَ فَطَفِقُوا يَعْتَذِرُونَ إِلَيْهِ وَيَحْلِفُونَ لَهُ وَكَانُوا بِضْعًا وَثَمَانِينَ رَجُلًا فَقَبِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَانِيَتَهُمْ وَبَايَعَهُمْ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمْ وَوَكَلَ سَرَائِرَهُمْ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ حَتَّى جِئْتُ فَلَمَّا سَلَّمْتُ تَبَسَّمَ تَبَسُّمَ الْمُغْضَبِ ثُمَّ قَالَ تَعَالَ فَجِئْتُ حَتَّى جَلَسْتُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَقَالَ لِي مَا خَلَّفَكَ أَلَمْ تَكُنِ ابْتَعْتَ ظَهْرَكَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي وَاللَّهِ لَوْ جَلَسْتُ عِنْدَ غَيْرِكَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا لَرَأَيْتُ أَنِّي سَأَخْرُجُ مِنْ سَخَطِهِ وَلَقَدْ أُعْطِيتُ جَدَلًا وَلَكِنْ وَاللَّهِ لَقَدْ عَلِمْتُ لَئِنْ حَدَّثْتُكَ الْيَوْمَ حَدِيثَ كَذِبٍ لِتَرْضَى بِهِ عَنِّي لَيُوشَكُ أَنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُسْخِطُكَ عَلَيَّ وَلَئِنْ حَدَّثْتُكَ حَدِيثَ صِدْقٍ تَجِدُ عَلَيَّ فِيهِ إِنِّي لَأَرْجُو فِيهِ عَفْوَ اللَّهِ وَاللَّهِ مَا كُنْتُ قَطُّ أَقْوَى وَلَا أَيْسَرَ مِنِّي حِينَ تَخَلَّفْتُ عَنْكَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَّا هَذَا فَقَدْ صَدَقَ فَقُمْ حَتَّى يَقْضِيَ اللَّهُ فِيكَ فَقُمْتُ فَمَضَيْتُ مُخْتَصَرٌ

التخريج: سنن النسائي، كِتَابُ الْمَسَاجِدِ ، باب الرُّخْصَةُ فِي الْجُلُوسِ فِيهِ وَالْخُرُوجِ مِنْهُ بِغَيْرِ صَلَاةٍ، حديث رقم 731.

 

Terjemahan

Sulaiman bin Daud telah menceritakan kepada kami katanya; telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahab daripada Yunus, Ibnu Syihab berkata; Abdul Rahman bin Ka'ab bin Malik telah menceritakan kepadaku bahawa Abdullah bin Ka'ab berkata; "Aku mendengar Ka'ab bin Malik menceritakan peristiwanya ketika tertinggal dalam peperangan Tabuk, katanya, 'Rasulullah SAWdatang dengan wajah berseri-seri dan kebiasaan beliau jika datang daripada perjalanan, beliau langsung ke masjid, lalu solat dua rakaat. Kemudian duduk-duduk bersama para sahabat. Setelah beliau melakukan hal tersebut. Datanglah orang-orang yang tertinggal (daripada perang Tabuk ini). Mereka memberi alasan dan bersumpah kepadanya. Jumlah mereka ada sekitar lapan puluh lebih lelaki. Rasulullah SAWmenerima terus terangan mereka, membai'atnya, meminta ampun untuk mereka, serta menyerahkan rahsia (yang ada dalam hati mereka) kepada Allah Azza wa Jalla sehingga kemudian aku datang. Setelah aku memberikan salam dan beliau tersenyum dengan senyuman orang yang marah, beliau SAWmemanggilku, "datanglah." lalu aku mendekatinya dan duduk di hadapannya, terus beliau bertanya lagi kepadaku, "Apa yang menyebabkanmu tertinggal? Bukankah kamu telah membeli haiwan tungganganmu?" Aku menjawab, "Wahai Rasulullah SAW, demi Allah, aku kalau duduk bersama selain dirimu daripada penduduk bumi ini, pasti aku berkeyakinan bahawa aku boleh bebas daripada murkanya kerana aku mempunyai kemampuan berdebat. Akan tetapi, demi Allah, aku mengetahui adakah aku hari ini menceritakan suatu cerita dusta agar engkau redha kepadaku, pasti Allah menciptakan suatu hal yang menjadikan engkau marah kepadaku, sebaliknya seandainya aku ceritakan hal sebenarnya secara  terus terang yang ada padaku, maka perkara itu kerana aku sangat mengharap keampunan Allah. Demi Allah, ketika aku tertinggal daripada engkau, tidakpernah aku menjadi sekuat dan selapang ketika itu." Lantas Rasulullah SAW bersabda."Orang ini jujur, pergilah hingga Allah memutuskan perkaramu." Lalu aku berdiri dan pergi'." (ringkasan)

Hits: 340

Carian Hadith