Rukhsah orang yang solat berdahak di belakangnya atau ke arah kirinya

Perawi : Abu Hurairah RA

Koleksi : Sunan An-Nasaie

Kitab :Masjid-masjid - كِتَابُ الْمَسَاجِدِ

Bab :Masjid

No. Hadith : 0

Status :

Matan Hadith

أَخْبَرَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ سُفْيَانَ قَالَ حَدَّثَنِي مَنْصُورٌ عَنْ رِبْعِيٍّ عَنْ طَارِقِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْمُحَارِبِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كُنْتَ تُصَلِّي فَلَا تَبْزُقَنَّ بَيْنَ يَدَيْكَ وَلَا عَنْ يَمِينِكَ وَابْصُقْ خَلْفَكَ أَوْ تِلْقَاءَ شِمَالِكَ إِنْ كَانَ فَارِغًا وَإِلَّا فَهَكَذَا وَبَزَقَ تَحْتَ رِجْلِهِ وَدَلَكَهُ

 

Terjemahan

Ubaidullah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami katanya; Yahya telah menceritakan kepada kami daripada Sufyan katanya; Manshur telah menceritakan kepadaku daripada Rib'i daripada Thariq bin Abdullah Al Muharibi katanya; bahawa Rasulullah SAWbersabda, "Bila kamu sedang solat, jangan meludah di hadapanmu dan di sebelah kananmu. Meludahlah di belakang atau di samping kiri kamu jika dalam keadaan kosong. Tetapi jika tidak memungkinkan maka beginilah" -lantas beliau berludah ke bawah telapak kakinya dan menggosoknya.

Hits: 332

Carian Hadith